Saturday, August 29, 2009

hari itu

ak akn ingat hari itu..
dy dtg face to face utk jumpe ak..
w/pn ak da agk buah bicara ape yg nk disampaikn,tp ak tetap buat2 cool je..
buat2 blur..

hari itu,dy luahkn semua nye kt ak..
barang sekecil zarah pn..
mmg bersemangat..
ak jz diam seribu bhsa spjg pertemuan tuh..
mmg xtau nk ckp ape..
realitinya,ak da gtw semuanye dlm sms..
tp xtau la,maybe dy lebih selesa nk luahkn secara face to face kot..

w/apa pn,ak nk ucapkan terima kasih la (kalo org yg berkenaan tuh membaca blog ni) sbb dy da berterus terang..
tanpa silu dan segan..
ak mmg salut..!!!
mungkin,biarlah kte jz b'kwn je dl,k..

  • p/s:berkawan biar seribu,berkasih biar satu..hehe...



Wednesday, August 19, 2009

jangan main belakang..!!

Kisah ini benar-benar terjadi pada Aku (bukan nama sebenar) sewaktu Aku kanak-kanak dahulu. Ayah Aku suka memberi amaran pada Aku dengan menjeling garang jika Aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau Aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling pada Aku bermakna Aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari, Aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, Aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayah Aku yang sedang solat terus memberi jelingannya pada Aku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayah Aku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret Aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung Aku dirotannya.


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

Wednesday, August 12, 2009

hari sial yang memualkan

semalam aku memulakan hidup dengan harapan seribu input yang berguna dapat mencelah masuk dalam kepala otak aku..tapi,misi aku telah bertukar 180 darjah..aku dah membazirkan masa tidur pagi untuk dengar ceramah yang konon-kononnya start pukul 8.30 pagi..padahal si pemberi ceramah budiman sampai pukul 11..!!owh,di manakah letaknya status budimanmu??kena paksa untuk dengar ceramah memang satu-satunya perkara yang sangat dibenci dan dah termaktub dalam jaluran hidup aku ..bosan+ngantuk,sudah semestinya..lagi2 kalau tajuk ceramah yang bakal disampaikan sangat memualkan gegendang telinga aku untuk terus menangkap setiap kata yang dilontarkan..

tidak habis sampai situ je..dalam perjalanan aku ke lokasi ceramah,tayar motor aku pancit..haa,ni pun salah satu tragedi tragis yang sangat2 sadis..kadar saham ketampanan aku menurun apabila gadis2 menatap kondisi tenat tayar motor tersebut..hukhuk..tiada lagi rasa bangga terzahir dalam diri...tidak lama lepas tuh,dengan rendah hatinya aku memberi sekeping not rm10+sekeping not rm4 kt brother workshop yang gigih menukar tiub tayar nouvo hitam manisku..

aku pun terus melayari bahtera masa2 kelamku untuk menempuhi test Math petang tuh..ini lecturer cina manyak rajin buat itu test awal2,ma..dia kata,kelas kami manyak lambat woo..kelas lain sudah mau habis belajar..haiyaa..aku pun tidak tau fakta dari handbook mana yang dia cedok..padahal kelas2 lain semua buat test serentak,3 minggu lagi..secara fakta yang rasminya,kitaorang nye kelas cepat 1 chapter daripada kelas yang lain..bukan sub-chapter ye..ini sir aja manyak3 laju woo..wa xfaham apa2 pun..!!

hari sial dalam hidup aku tetap ditakdirkan untuk terus dilancarkan hidup2 pada malam hari pulak..kepala aku mengalami tahap kesakitan yang amat membengongkan minda untuk berfikir secara kreatif dan kritis berpaksikan norma2 kewarasan..aku diam seribu bahasa sepanjang malam..aku pun cuba menenangkan fikiran dengan internet..tapi,cam harrammm....lembap nak mampuih..aku buka friendster...24 jam loading memanjang..memang tidak membantu langsung..

alt+F4-------->turn off
dengan ter-shut down nye laptop aku,maka mata aku pun telah dipaksa untuk tutup juga sampai lah esok pagi..zzz...





Monday, August 3, 2009

setem pun bley dijadikan filem..??

ade beberapa sebab kenapa ak betul2 nk sgt tgk cerita ni (kalo korg tau la ni cerita ape)..

1) sbb ni adlh sebuah filem lawak yg dilakonkn oleh afdlin shauki..dy sememangnye seorg pelawak 'natural' yg merupakn satu2 nye faveret ak..
2) ak nk tgk cmne seorg pengarah filem-air-mata terkenal,kabir bhatia menginterpretasikn idea utk filem komedi..
3) cerita dy mcm lain drpd yg laen..setem pn boleh dijadikn simbol utk filem ni..simple n interesting..
4) ak yakin ni buknlah filem lawak bodoh yg mndpt publisiti 101% drpd media2 massa dan elektronik..lebih2 lg filem yg diarahkn oleh pengarah yg berstatus..!!
5) sbg slh seorg peminat filem malaysia,mmg seharusnya ak tgk cerita ni..no translation required!!haha..

semalam,ak dah pn menzahirkn keinginan ak utk tgk cerita ini dgn jayanya..w/pn ak ddk dkt2 dgn skrin (disbbkn ramai org yg tgk cerita ni),tp ak tetap setia menanti ending cerita ni..overall,sgt2 memuaskan..