Saturday, September 25, 2010
bikin ketagih
lagu 01
lagu 02
lagu 03
lagu 04
aku tahu,sekarang ni tak banyak lagu2 raya zaman moden yang best2..kalau yang sedap pun,mungkin best dengar untuk sehari dua je..lepas tuh,muak..tak macam lagu2 raya zaman dolu2..even irama dia standard lagu2 lama, tapi sampai sekarang still lagi boleh ngam dengan halwa telinga kita semua,kan??jadi,bila aku survey2 lagu raya yang terbaru kat youtube,aku terjumpa lah 4 lagu seperti di atas..memang syiokk abess...walaupun takde lah dengar macam lagu raya sangat, tapi as long as telinga aku ni dapat menggredkan A untuk lagu ni,aku pun layan sajalah sampai sekarang...dan kebetulan lagu2 ni dinyanyikan oleh penyampai radio hot.fm...lebih hangat daripada biasa!
yangadadalamkepala :: tak pernah suka dengar lagu yuna-raya oh yeah...sebab ntah pape je..memang susah nak buat lagu raya ni..
Friday, September 24, 2010
pesanan untuk adik..
******
aku nak mengucapkan bebanyak terima kasih yang tak terhingga kepada sesiapa yang telah sudi untuk melampiaskan rasa simpati dan kasih sayang mereka terhadap apa yang telah menimpa insan mulia ini (maksudnya,aku lah tu)...selepas mendengar/membaca kisah sedih ni,ada yang beranggapan,
"mungkin korang satu rumah kene pukau kot..."
aku jawab;
"AKU RASA TAK KOT..SEBAB SORANG HOUSEMATE AKU TERJAGA BILA PENCURI TUH MENCUBA UNTUK MEMBUKA PINTU BILIK DIA...LEPAS PENCURI TUH PERASAN,TERUS BLAH...BIASALAH ENGSEL PINTU DAH BERKARAT...BUKAK SIKIT JE,DAH BERBUNYI...TAPI HOUSEMATE AKU NI BUAT TAK TAHU JE LAH SEBAB DIA INGAT BUDAK UMAH JUGA YANG MENGGATAL NAK MENGINTAI-INTAI ORANG LAIN SEDANG ASYIK TIDUR SAMBIL DIBUAI MIMPI2 INDAH...BUDAK2 UMAH AKU NI MEMANG RAJIN 'STAY-UP' SAMPAI SUBUH..."TAPI MALAM TUH,PUKUL 3 LEBIH JE SEMUA DAH 'DOWN TO EARTH'..
ada juga yang cakap;
"ntah2 toyol kot"
aku jawab;
"HAISH,TAKDE LAH...YANG AKU TAHU,TOYOL KALAU MENCURI,DIA TAKKAN SAPU BERSIH SEMUA DUIT YANG ADA DALAM WALLET...TAPI,APA JADAHNYA SEMUA DUIT KERTAS DENGAN DUIT SYILING 30 SEN AKU PUN DIA KEBAS???
ada juga kawan aku yang syak;
"mungkin orang dalam punya kerja ni.."
aku jawab;
"AKU TAK SYAK ORANG DALAM..SEBAB AKU DAH KENAL DIORANG NI SEJAK ZAMAN MUDA-MUDI DULU...TAKKAN LAH..*TAPI TAK TAHULAH YE..*
ada jugak yang tiba2 terjah;
"apsal ko tak kunci pintu umah??!"
aku jawab dengan nada lemah lembut;
"AWAK,KALAU SETAKAT PINTU KAYU YANG KAT UMAH SAYA TU,PAKAI KAD BANK AWAK PUN BOLEH BUKA..."
itu jelah tanggapan2 popular yang mereka cuba sampaikan kat aku...walau apapun,kami bertekad untuk keluar dari kepompong bahaya ini..kami tak nak pisang berbuah 4 kali...on,tidak!!!
kes 01 (awal tahun 2010) : dianggarkan 7 pasang kasut telah diambil dengan jayanya..lepas 2-3 hari,baru tersedar, "mane kasut aku??!!!"
kes 02 (pertengahan tahun-lagi sebulan nak exam) : ermm,penatlah nak taip..klik je sini...
kes 03 : baru je semalam terjadi...(lebih kurang lagi sebulan kami nak exam...)
ini tidak boleh jadi...jangan sampai daripada pencuri,mereka2 ni bertindak menjadi penculik...lagi aku gerun,kalau si bangs*t2 ini bertukar profil sebagai pembunuh...kesian gadis2 di luar sana sebab tak sempat nak berkenalan ngan aku..
yangadadalamkepala :: kalau kita duduk rumah depan security guard sekalipun, kalau sistem keselamatan rumah tak dijaga dengan baik,bukan setakat orang,kucing pun boleh masuk siap bawak anak2 sekali bila2 masa...tapi,aku tak kira..aku nak pindah jugak!!!!!!!
Wednesday, September 22, 2010
kena lagi
riangnya, bertemu lagi..bagaikan bunga api di hati..lalalala
tapi,bukan tuh sebenarnya aku nak cerita..ni baru aku nak start cerita sebenarnya...pukul 9 pagi tadi housemate aku tetiba kejut kitorang...
"woi,bangun2..ada orang pecah masuk rumah kita...hp, duit semua dia ambik..."
ape lagi,menggelabah lah aku..terus segar mata aku time tuh...first sekali aku terfikir duit aku...aku cek wallet, hampeh...kosong dengan duit2 syiling aku dia kebas...nak dekat rm200 melayang..terkesima beb sekejap..nasib baik kad bank dengan ic dia tak ambik..shit,sekali lagi kitorang kene...setahun je dah dua kali kubu pertahanan kami ditakluki dengan jayanya..
"ishhh,kene lagi...!!!" getus hati comelku..
roomate aku,henfon SE dengan rm400 lebih lesap...dan mengikut jangkaan,pencuri professional macam p*ki ni menjalankan tugas antara pukul 4-6 pagi,ikut pintu belakang..siot,main belakang rupanya...sorang pun tak sedar....
haih,apalah nasib!!
rugi aku tak ikut kata hati aku untuk bank-in duit waktu nak isi minyak...
Tuesday, September 21, 2010
ruang untuk Lady Gaga
baiklah,berbalik kepada topik utama tadi,mula2 bila aku dapat tahu bila orang2 muda belia macam aku ni mengambil keputusan untuk bertunang, aku mesti bagi penilaian negatif 100% kepada mereka..iyalah,belajar pun belum habis lagi, dah nak bertunang...tak kisahlah lagi 1 tahun nak grad ke, kalau takdir kene extend ataupun repeat 4-5 paper, tak ke 1 tahun lebih jugak nak habis belajar..kalau terus dapat kerja bila lepas grad,Alhamdulillah lah..tapi,kalau masih lagi menjadi menganggur kehormat, alamatnya kena pulun 24/7 lah ke hulu-hilir cari kerja...attend interview sini sana..takkan nak bagi bini makan maggie pulak bila dah kahwin..mentang2 dah kerap sangat iklan mi sedaap ke udara kat tv..*terfikir gak,kenapa produk lokal tak buat macam tu pulak ek??takkan nak promot produk negara seberang selama-lamanya..renung2kanlah..*
pada pendapat aku,bila seseorang tuh dah bertunang means that lagi setapak lagi dia nak berkahwin..so pengorbanan dia for sure lah lebih kurang dengan mana2 pasangan yang dah nak melangsungkan perkahwinan..takkanlah nak samakan pertunangan dengan declaration,
"u, jom kite kapel...."
"WHY NOT !!"
kalau kapel,bila2 masa pun boleh clash..kalau famili tak tahu pun takpe..tadahal..tapi kalau putus tunang, tak ke heboh satu kampung..lagi2 kalau kat kampung tuh ada Persatuan Makcik2 Minah-Joyah,Hanya Di Hujung Jari.! abes semua friends kat FB beliau tahu korang dah putus tunang..kalau majlis pertunangan tuh macam main kahwin2 masa kecik2 dulu tak pe lah jugak..sesen pun tak payah keluar..*teringat posted video kt FB pasal sorang perempuan materialistik yang nak putus tunang dengan tunang dia yang hanya penjual burger..tak ada masa depan katanya..huhh..*
tapi, sekarang ni perspektif aku dah sikit berubah, 90 degree..positively thinking, bila pasangan tuh bertunang pada usia dini, bermaksud mereka mempunyai satu misi yang sama,saling menyayangi,dan sanggup bersama sampai bila2..maksudnya macam si lelaki tuh dah cop perempuan tuh sebagai teman hidup...GENTLEMAN!! bak kata Lady Gaga sambil mengenakan pakaian daging binatangnya itu...
that's great apa kalau nak compare dengan couple yang dah 3 tahun bersama tapi still segan silu bila berjumpa dengan family pasangannya...

tapikan, macam mana pulak kalau budak yang belum habis belajar lagi dah menggatal nak mintak kahwin????tuh pun dikira gentleman jugak ke??
SANGAP!!
Monday, September 20, 2010
setahun hanya sekali
Tuesday, September 7, 2010
cermin retak
ceritanya macam ni,waktu aku sedang khusyuk melayari internet, tiba2 ada seorang makhluk Allah ni sound aku,
"oit, ko dah solat belum??!"
"BELUM.."aku terus 'menelaah' laptop dengan sangat fokus tanpa menghiraukannya...
"astaghfirullah..ko tau tak dah pukul berapa ni?? ko nak solat pukul berapa?? berdosa kalau lambat2kan solat!!" tengkingnya seperti manusia hampir maksum...
tiba2 aku tersentap bila dia ceramah aku macam tu..
"NANTILAH..LAGI 5 MINIT NAK MASUK ASAR AKU SOLAT LAH!! KO TAK PAYAH LAH NAK SIBUK!!"
"ish.!!"
*************
sebenarnya aku tak boleh nak terima sangat kalau orang yang sama taraf dengan aku tiba2 sound aku untuk berkali-kali cakap pasal dosa-pahala...melainkan famili aku dan orang2 alim ulama..beb,cakap elok2 tak boleh ke??aku tak ada hal nya...
dan kenapa aku tak suka sebab, cuba bayangkan rozita che wan sound kau,
"weyh apsal ko pakai skirt pendek sangat???tak baik,berdosa!!"
takpun fasha sandha tiba2 datang ke arah kau dan berkata,
"joyah, tak baik rampas kekasih orang...nanti ko dicemuh..."
haaa,mesti kau rasa macam tak puas hati kan even mereka tuh kawan kau..
bak kata orang, cakap tak serupa bikin..walaupun apa yang cuba disampaikan tu elok,tapi naluri manusia memang sangat susah untuk menerima nasihat daripada orang yang tak-cermin-muka-dulu-sebelum-menasihati-orang-lain..aku boleh kata,inilah fitrah manusia... dan aku adalah antara orang tersebut...aku kadang2 rasa macam
"iya,akulah orang yang paling teruk di dunia ini..!!!"
kau pun akan rasa seumpama ini kalau ariel dan luna maya nasihat kau,
"tak baik kau menghampiri zina...zina itu berdosa besar...bersetubuh lah kamu dengan isterimu apabila kamu sudah berkahwin kelak..!!!"
ambik kau...memang hina gila babi...even mereka tuh BFF kau!!
