Monday, March 22, 2010

jangan complain




aku tau mesti lepas korang tengok signature aku tuh korang mesti terfikir


lawa jugak ea signature dia....



well,terima kasih atas pujian itu!!!

Saturday, March 20, 2010

hidup kena ada misi, baru boleh berjaya

yeah harini aku telah memberjayakan diri untuk mengisi masa lapang hujung minggu dengan melakukan sesuatu yang sangat2lah berfaedahnya...aku telah merelakan diriku untuk menjadi sukarelawan pada hari sukan nr iaitu dari pukul 7.30 pagi hingga 5 petang...setelah dipikir-pikir dah tiba masanya untuk aku menabur jasa demi kesejahteraan warga nr di bumi uitm shah alam ni...


sesungguhnya demi menunjukkan bahawa aku bersemangat untuk menyertai aktiviti ini,aku dengan senang-bangunnya, bangun pukul 7.00 pagi,di mana waktu seumpama inilah biasanya aku mencapai klimaks bagi setiap jalan2 cerita mimipi aku. tapi, yang aku peliknya kalau waktu ada kelas memang tak dinafikan aku akan mengalami sindrom susah-nak-bangun...malas...jadi nampak sangat yang aku ni merupakan seorang yang suka melakukan kerja2 amal daripada menghadiri kuliah terutamanya kuliah pada waktu pagi...alasan???sebab aku nak kumpul seberapa banyak sijil khas daripada uitm shah alam...jadi nanti senang bila nak cari keja, kalau interviewer tanya kat aku;



apakah sumbangan yang awak telah berikan kepada uitm???




sudah tentu aku akan menjadi penganggur seumur hidup kalau aku menjawab,




"saya telah berjaya menghadiri kuliah dengan cemerlang, tak kiralah siang ke malam ke walaupun saya sibuk dengan kehidupan sosial saya sebagai seorang remaja seperti keluar dengan kawan untuk menonton wayang,pergi bermain boling dengan rakan serumah mahupun lepak bersama rakan2 lama di kedai mamak yang berdekatan..."




p/s: sijil perlu diberikan kepada mana2 pelajar yang telah berjaya menghadiri kuliah tanpa ponteng sebagai tanda penghargaan dan memupuk semangat 'saya suka datang kelas' di kalangan pelajar yang gila sijil macam aku...

Saturday, March 13, 2010

kenapa saya suka sekolah saya??!!

mula2 aku tengok dekat fesbuk ada member aku post pasal kejayaan SAKTI dalam SPM 2009...31 orang straight A's...aku terkesima sekejap....lepas tuh aku dah rasa macam


"eh sekolah aku boleh berjaya macam tu ke??"


ye,kedengaran seperti sangat biadab dan aku yakin kalau pengetua SAKTI boleh dengar isi hati aku time tuh mesti dia ajak jumpa dan lempang aku laju2 dengan team2-pencinta-SAKTI...




kalau sebelum ni aku hanya main kenyit2 mata je dekat sekolah aku...dulu memang susah kalau nak tengok SAKTI berada di top 20 SBP kat malaysia ni lagi2 dalam hal akademik...apakan pulak top 10...memang mimpi tinggal mimpi je lah...tuh pun kalau pernah terfikir sampai macam tu sekali...sangat kejam...dah lah sekolah aku tuh terperuk,terceruk dan terpedalaman dari kawasan bandar...




dan tadi aku tetiba terasa nak tahu kebenaran seperti yang dipostkan membe aku tuh...so aku bukaklah uncle google, sekolah menengah sains kota tinggi...tiba2 keluar ni



nampak macam mimpi,kan??

kalau tak jelas, klik di sini...


aku terkesima sekali lagi...termenung meratapi apa yang sedang aku lihat...rasa bangga pun mula memunculkan kelopaknya sebelum mekar,sehingga ke hari ini... dan akhirnya, sekarang aku dapat merasakan macam mana bangga menjadi pelajar SEKOLAH MENENGAH SAINS KOTA TINGGI (SAKTI)...bekas pelajar!!!



walau apa pun,aku ingin mengucapkan rasa terima kasih tak terhingga kepada cikgu2 dan pengetua yang telah berusaha menaikkan nama SAKTI di mata SBP...dan kepada adik2 sekalian yang masih menuntut, teruskan kejayaan seumpama ini..kalau sekarang top 5,masa akan datang cuba lagi yeng tebaik supaya menjadi top 1 pulak!!




yang benar,


aku . senior . korang


melaporkan dari School of Medicine,


HARVARD UNIVERSITY...

Friday, March 12, 2010

lega kot kalo tiap2 ari rasa macam ni

sekarang aku dah rasa macam melepaskan 2 tan bebanan kat bahu bidang aku...aku rasa sangat2 hanimun bila semua test2 yang begitu menguji kepintaran dan kebijaksanaan kepala otak aku dah berakhir dengan aman...tapi hanya buat minggu ni!!!ye minggu ni je aku meng-hooray-kan diri...kalau minggu lepas pulak aku super duper bizi dengan esaimen2 yang sungguh berlambak...macam mahu saja ku hantuk kepalaku ke atas tilam empuk...kutikam perutku dengan menggunakan cotton bud...ku terjun dari tingkat ground floor ke dalam swimming pool...owh,sengsara..


semenjak dari itu aku dah buang term 'in relationship' to youtube mahupun tube2 yang lain..aku hanya meluahkan rasa rindu aku dekat uncle and auntie google yang selalu teman aku dalam menyiapkan lab2 report every week...thanks ya...tapi,lagi 2 minggu aku akan digegarkan bertubi-tubi dengan test yang bertali-arus...kenapa baru aku rasa sem ni ek???kalau sebelum ni boleh aje aku buat marathon tengok movie malam sebelum test berlangsung...main send-reply comment kat dalam fesbuk...tapi sekarang persediaan zahir dan batin yang mapan harus dilakukan walaupun tanpa membalun kopi tongkat ali ataupun kopi janda....tidak berbaloi-baloi...


dan sekarang,aku nak rehat sekejap dari hiruk-pikuk dunia student yang suam2 kuku kebosanannya...walaupun aku belum lagi pegang title IR,tapi kepayahannya memang aku dah feel!!!



*ok,nak layan mahsyuk goyang kaki atas sofa sambil tengok tv..gud nyte!!*

Monday, March 8, 2010

entri yang berinformasi

sekarang aku tengah tangkap lentuk dengan 3 buah lagu ni....setiap kali aku bukak laptop aku yang dah sama besar macam tv 25 inchi ni,mesti lagu2 ni wajib aku dengar....tak kisahlah aku rotate lagu ni 40 kali pun,janji layan....satu lagu rancak...satu lagu dangdut....dan satu lagi lagu leleh+sengau sikit2...macam2 genre lagu aku minat...1 MALAYSIA beb...


tapi,sayangnya, kesemua lagu tu bukan lagu2 nyanyian band jumpa pakcik hussein,emas idayu mahupun new boyz...nasib baik kak emas tak tahu pasal benda ni..kalau tak,mesti kene rotan punyeee...yang paling penting bukan juga lagu dari malaysia...owh,hilang sekejap semangat patriotik aku...walaupun jiwa aku lebih ghairah menonton filem2 seperti adnan sempit berbanding from paris with love,tapi bab2 lagu ni tarikan lenggok inul lebih berkuasa...chopp,tak bermakna aku suka lagu inul...lagu2 yang aku maksudkan



*kalau aku attach clip video kat sini pun macam tak guna juga sebab lagu ya ya ya tak boleh di pause atau di mute kan....*


aku dari dulu lagi minat lagu2 indon ni...walaupun semua orang sibuk sangat nak nyanyi lagu2 lady gaga lah jonas brother lah,tapi aku tetap dengan lagu2 seberang...lecehlah kalau nak follow lagu omputih ni..susah nak dapat feel sebab susah nak faham lirik...i seem stupid when i try to understand the lyric...

macam mana lah kita nak sekat lagu2 indon supaya tak membanjiri industri muzik kita...aku dapat tau lagu ni pun daripada radio malaysia jugak...yang pastinya bukan dekat klasik.fm mahupun minnal.fm...pada pendapat akulah kan,kuota 90:10 lagu malaysia:lagu indon tak berapa nak efisien sangat lah...sebab kembali kepada tujuan asal untuk mengurangkan lagu2 indon masuk ke dalam pasaran malaysia,kenapa tidak kita tingkatkan nisbah tu kepada 95:05...sebab apa yang aku tahu sekarang ni walaupun dah limit kan jumlah tu,tapi still lagi artis2 indonesia semakin bebas berkarya kat sini...tapi macam mana pula nasib artis kita???baru je dapat invitation buat satu show kat sana,dah kecoh seantero malaya..tu pun entah berapa kali seumur hidup...


yang paling aku gelak tak boleh tahan,kalau wartawan kita tanya kat artis2 sana


"kalau kamu diberi peluang untuk berduet dengan artis malaysia,siapa yang kamu pilih??"


dan pasti aku yakin seyakinnya mesti diorang akan jawab nama2 tipikal artis malaysia macam siti nurhaliza,sheila majid,search,dafi (tu pun sebab pernah berduet ngan gita gutawa)...try lah tanya kat sape2,mesti ruang lingkup jawapannya terletak antara empat artis ni...dan kadang2 kalau diorang nak buat kelainan sikit,diorang sebut lah sape2 nama yang diorang baru kenal...mungkin akim...takpun stacy...kalau nak lagi advance, jaclyn victor...


sebenarnya,kalau nak ikutkan artis kita lebih berkualiti daripada diorang...cuma melodi dan irama yang kita cuba sampaikan tak boleh diterima dengan segera oleh lubang2 telinga mereka...kalau kat sini popular dengan lagu2 seperti dramaking (i like this song very much),kat sana lebih memilih lagu2 macam cari jodoh dari wali band...walaupun kita serumpun,tapi citarasa lain2...


jadi,kesimpulan kecilnya pilihlah lagu dari ceruk mana pun...hollywood ke bollywood ke banglawood ke yang penting memenuhi citarasa hati dan perasaan yang paling dalam...



ikhlas dari,
aku . penchenta . muzik...

syok ahhh

lagu profile baru, GIGI-YA YA YA....
lebih fresh....lebih energetic....gile syok!!



sekian,selamat malam....nak bobok....
daaa~

Sunday, March 7, 2010

terjun dari KLCC

kelamrin lecturer math aku cakap kat kelas,

"ok,saya tengok kelas awak ni bagus...ada yang dapat full mark,30/30...tapi,ramai jugak yang dapat markah atas 20...teruskan usaha awak untuk test2 yang berikutnya dan juga exam...bla...bla...bla..."


bila dengar dia cakap macam tuh,apa lagi seronok gila lah aku....maksudnya aku pun termasuk dalam golongan yang atas 20 tu la agaknya....tak sia2 aku meniru tyme test arituh...lagipun,aku jawab semua soalan....tapi tak tahu betul ke tak...aku tak kisah pun kalau aku dapat just 20/30....yang penting lulus....dah la aku buat semua tutorial yang lecturer suruh buat....punya pulun aku completekan semuanya malam sebelum test....(sila tabik buat aku)...


so,sorang2 lecturer panggil ke depan....sebab dia nak tunjukkan apa kesalahan yang student dah buat...aku tengok kawan2 aku ramai yang dapt 25,27,29...bila tiba giliran aku je,aku terus tengok tepat2 kat kotak 'marks'....
.
.
.
.
.
13.5 !!!!
.
.
.
.
huarghhh,apa yang aku dah buat ni!!!!!!!!shyt!!!!!daymmm!!!!!aku dah study laa!!!

macam tengah pikul gajah kat belakang badan

test berlambak....


tapi malas nak study...


boring....


nak tengok tv....


tapi tv takde suara...


nak keluar....


tapi malas nak keluar....


badan berbau...


tapi malas nak mandi...


perut lapar....


tapi malas nak pergi beli lauk...


nak terus online....


tapi internet sentiasa lembab 24/7....


(wimax sontot..buffer youtube yang berdurasi 9 minit punkene tunggu berjam-jam...dah lebih 2 jam,still 4 minutes left...WTH)


nak sambung tidur....


tapi kalau asyik tidur je,bila masa nya aku nak kurus!!!





jadi kerja aku sekarang ni,keluar masuk bilik....

turun naik tangga....

pejam celik mata....

guling ke kiri ke kanan....

manalah tahu tiba2 dapat ilham macam mana nak cari solusi yang terbaik kepada permasalahan aku.....macam ada bapak gajah yang bertandang kat bahu aku.....serious dowh!!!!



*minggu depan aku nak balik....aku dah jadi fucking sucking homesick sekarang ini.!!!*