Friday, January 29, 2010

apabila kesemangatan dianak tirikan

perjalanan hidup aku yang straight-line-without-fluctuating ni pun bermula seperti biasa...kelas harini pukul 10.30 am...dan dengan tidak semena-mena aku pun terjaga 2 jam lebih awal untuk membuat preparation sebelum ke kelas...kedengaran seperti pelik dan tampak bersemangat!!!hmm mungkin ini adalah salah satu azam tahun 2010 yang memang tak disengajakan ye...aku pergi dapur,masak air....tongkat ali brand cni aku minum supaya sentiasa strong tanpa lesu sepanjang hari...



tiba2..... "1 message received"

........oit,jom lepk tioman raye cna ni...aq cuti tyme ni.......



sepanjang cuti raya cina ni,aku memang dah fully booked nampak gayanya...ada yang ajak aku pergi melaka lah...jalan2 kat pahang lah...batam lah (ntah jadi ntah tak)...genting lah...tapi,semuanya belum betul2 confirm lagi...ni belum masuk lagi ada yang ajak aku pergi bali akhir tahun ni...macam tahu2 je aku dah di-sponsored...tapi syok gak kalau dapat pergi jalan2 ni..


**aisyhh diorang tak tau ke aku busy setiap kali cuti???**haha



aku tak reply pun mesej tuh...biarlah ia menjadi satu rahsia yang tiada jawapan...lepas aku minum,aku pun pergilah basuh cawan yang aku gunakan tadi sambil melihat keindahan alam semak-samun semulajadi kat belakang rumah aku...then aku naik bilik,aku kemas buku2 yang patut dibawa untuk ke kuliah nanti...double-check mana2 assignment yang belum settle lagi...dan untuk kelihatan hot di depan para mahasiswi,baju dan seluar harus di seterika supaya nampak kemas dan rapi...barulah bergaya walaupun made in uptown...quality does not matter,indeed!!!aku capai towel biru laut,dan masuk ke dalam shower...berus gigi follow me,ubat gigi fresh&white,facial foam loreal for men, dan shower foam tracia yogurt strawberry digunakan dengan sebaiknya...lepas tuh,aku pun macam biasalah siap2 pakai baju....9.30 am tercatat kat jam emporio armani rm20 aku..!!sememangnya aku tak pernah siap seawal gila gaban macam ni...sila tabik...



tak sampai 15 minit standby untuk ke kampus,dengan nada gembiranya membe aku bagitau "oit kelas cancel arini...lecturer ambik mc..."




huarghhhhhh!!!!!wahai lecturer ku,kenapalah anda tidak mengambil mc awal2 lagi???!! jadi,tak payahlah saya jadi bersemangat macam ni..aduss!!makin cepat berkurang isipadu deodoran rexona aku dengan sia2 kalau hari2 macam ni...sebab last2, ke tempat tidur jugak akhirnya..............................







p/s: tongkat ali tak berjaya mengelakkan mata saya terkatup rapat...




Saturday, January 23, 2010

bikini TRIUMPH

aku dapat petua menerapungkan diri ni daripada laoshi a.k.a tecer yang mengajar aku mandarin...petua ni memang sangat2 berkesan...aku yakin,korang mesti tak menyesal kalau cuba petua ni walaupun aku sendiri belum try...plus,petua ni memang sesuai untuk sesiapa yang betul2 nak belajar berenang...


menurut laoshi kesayangan aku tuh,basically sebelum kita expert berenang,kita kene pandai terapung dulu....barulah kita dapat jadi perenang yang hebat sepertimana michael phelps yang dengan kejamnya telah memecahkan 37 rekod dunia sepanjang karier beliau...(tapi dia tak cuba pun petua ni)


jadi,petua ini menjanjikan anda masa 3 hari saja untuk menjadi handal dalam bab menerapungkan diri...memang mudah dan kurang kos sebab tak memerlukan pakaian renang yang branded2 seperti boxer,brief dan bikini daripada victoria secret mahupun renoma...cukup hanya t-shirt dan jeans (apa2 jenis pakaian pun takda hal)...anda juga tak perlu takut sekiranya dimarahi oleh jurulatih yang garang atau bengis selayaknya A.Galak selepas men'trim'kan misainya,takpun seperti Kristy Curtis yang tak habis2 menjerit supaya peserta2 the biggest loser asia dapat menurunkan berat badan sehingga 20 kg dalam masa seminggu (gile ke ape..??)!!!!



ok,kembali semula kepada petua menerapungkan diri...senang saja...first,anda semua perlu cari kolam,sungai ataupun laut yang menjadi destinasi terbaikkk untuk anda berenang...then,terus je lah terjun...untuk hasil yang optimum,tunggu hasilnya 3 hari kemudian...kompem anda akan terapung..!!



selamat mencuba....harap maaf,testimonial daripada orang2 yang telah mencubanya gagal untuk diperolehi dan dipaparkan sebagai bukti...walau apapun,MAY GOD BLESS THEY lah...

tips hebat libur edisi sdn.bhd.....

tips yang perlu dititikberatkan sebelum pergi vacation....

1) sila rancang perjalanan dengan orang yang betul2 kompem nak pergi...bukannya dengan orang yang hanya hangat2 tahi ayam...

2) sila rancang perjalanan dengan orang yang betul2 kompem nak pergi...bukannya dengan orang yang hanya hangat2 tahi ayam...

3) sila rancang perjalanan dengan orang yang betul2 kompem nak pergi...bukannya dengan orang yang hanya hangat2 tahi ayam...

bila deal dengan orang2 gini,serius aku rasa macam nak pijak kuat2...lagi2 bila aku dah excited gilababi...

Thursday, January 7, 2010

baru idup!!

tahun baru..
semester baru..
so far semua lecturer yang mengajar, diberikan kelulusan yang agak tinggi untuk terus mengajar aku..
tanpa wujud perasaan longkang macam sebelum ni..
senang sikit kepala otak aku nak resap lagi hirup semua ilmu yang keluar dari mulut2 beliau...
dah tak ada caca-marba...
senang sikit nak berkira...



sebelum aku bertolak balik ke shah alam haritu,ada lagi satu insiden nak-gelak-tapi-tak-boleh berlaku kat kedai aku...
tapi taknak ulas lah...
nanti orang ramai dah taknak pergi kedai aku sebab takut dimalukan dalam blog..!!!



anyway, walaupun semester lepas akulah satu-satunya budak tajaan ikhlas JPA yang tak dapat dekan, aku takda hal...
sikit pun aku tak kisah...
yang penting duit masuk on time..!!
hahaha...
sebelum duit masuk,macam2 benda aku nak beli..
memang dah buat list dalam maya lagi apa benda aku nak angkat untuk sem baru ni..
tapi bila duit dah masuk,hampehh..
aku lebih memilih untuk berjimat-cermat...







BALI,TUNGGU AKU..!!!!