Saturday, April 30, 2011

bayi rahmat Illahi

dunia oh dunia..

macam2 perkara berlaku kat atas dunia ni yang tak boleh diterima akal..semuanya angkara manusia yang kurang pendidikan agama dan menjadikan emosi dan nafsu itu tuhan bagi diri sendiri...contoh yang paling dominan ialah isu pembuangan bayi..tak kisahlah di tepi longkang ke,dalam hutan ke atau dalam masjid sekalipun...ada yang dijumpai masih bernyawa dan ada jugak tidak...


meskipun isu ini sudah lama berlaku,tapi statistik bagi kes ini semakin meningkat dari tahun ke tahun...inilah yang dikatakan,manusia yang tak berhati perut...berani buat,tak berani tanggung...mereka seolah-olah menganggap bayi itu seperti boneka yang tiada perasaan dan masa depan...


tak lama dulu,heboh seantero dunia berkenaan dengan penemuan lebih dari 2000 janin yang disembunyikan di kuil Budha di Bangkok....Nauzubillah..



beg-beg yang berisi mayat janin yang ditemukan di kuil Budha di Bangkok, hari Jumat 19 November 2010..


gejala keruntuhan akhlak remaja khususnya merupakan penyumbang yang paling utama dalam hal ni..mana taknya,dok kerana seronok bercinta,lupa agama,lupa tuhan,lupa segalanya sehingga berakhir dengan keterlanjuran...mana taknya,apabila remaja bercinta, segala kata-kata dan janji-janji manis keluar dan tertabur seperti peluru ke mana arah dituju ke situlah akan ditembusi. 'lautan api sanggupku renangi', 'I janji, I akan memperisterikan U, dan hanya perasaan sayang kepada U seorang dalam hidup I'. Itulah antara kata-kata dalam percintaan remaja kini. Huh! memang romantis sewaktu bercinta, hingga ada yang sanggup mengadaikan kesucian diri, yang akhirnya, janin atau bayi yang tidak berdosa dijadikan korban yang dibuang merata-rata, sudahlah melakukan zina itu satu dosa, ditambahkan lagi dosa dengan pembuangan bayi.







itu berkenaan dengan buang bayi dan janin..macam mana pulak kalau kes makan anak sendiri...oleh kerana kesuntukan wang untuk menyara perut diri sendiri, seorang ibu sanggup membunuh anaknya sendiri untuk memenuhi kehendaknya. kes ini berlaku di Nepal.. walaubagaimana pun, ibu kejam tersebut berjaya ditangkap sebelum mula memasak anaknya..sebenarnya kejadian ni dah lama,sekitar tahun 2008 dulu...







alahai, dunia oh dunia...ruginya kalau ada manusia2 seumpama ini yang mengisi setiap sudut ruang yang ada di muka bumi ini...



yangadadalamkepala :: sama2 bermohon pada Tuhan agar dijauhkan perkara2 seumpama ini daripada terjadi pada diri kita dan keluarga kita....

Thursday, April 28, 2011

unite as one!




itulah ibarat pepatah orang tua-tua,"bersatu teguh,bercerai roboh!"



yangadadalamkepala :: nice, kan?

day 01

semalam dengan kurang berjaya nya aku telah menjawab satu paper final yang pertama..berbekalkan 95% keyakinan aku melangkah masuk,dengan harapan aku dapat buat yang terbaik..dan siapa kata malang je yang tak berbau,nasib kita seterusnya pun mana ada bau..gila apa soalan no 1 je terus aku stuck..berbelit-belit kepala otak aku nak extract apa yang soalan nak..lepas tu budak depan aku boleh pulak jawab soalan tu macam ABC...perghh seriously perang psikologi betul minah tu..aku yang macam cacing kepanasan kat belakang pun cubalah sedaya upaya meng-compress keluar ilmu2 yang aku dah belajar...penat buat part calculation,aku pun bantailah soalan teori macam buat karangan (tapi 1 paragraph je pun)...yang penting semua jawapan aku jawab! betul tak betul,tu atas consideration si tukang tanda je nanti..






3 jam kemudian...


time's up!aku keluar kelas dengan hati yang agak kecewa...ramai jugak budak kelas aku yang confuse dengan jawapan diorang...tak lama lepas tuh,aku terdengar pulak ada student bincang2 balik soalan tadi...


"lebih kurang exercise je kan soalan tadi...cuma lain sikit je...jawapan ko ape??"

"nasib baik aku buat balik exercise tu...bla..bla..bla..."


perang psikologi lagi....rasa macam nak lempang budak tu pun ada...orang lain punyalah tenat nak jawab,ko boleh pulak rasa senang hati...NASIB BAIK ko tu memang aku suka!!dah lah untuk subjek ni kelas aku tak banyak buat latihan..kalau buat pun, solution yang betul tak diberi...adehh!lecturer graduate dari oversea punya style kot..


next-----> fokus untuk another 4 subjects..yang tak boleh blah,7,8,and 9 May punya papers!



yangadadalamkepala :: time waktu exam, pukul 12 tengah malam je mata dah start mengantuk..berat tak boleh tahan..hari2 biasa tak pulak macam tu...then,esok paginya bangun pukul 8.30 pagi, study..pukul 3 petang je mengantuk semula...apa kes???

Tuesday, April 12, 2011

1,2 cheese!

masuk hari ini,dah berapa ramai orang cakap aku sombong..mula2 dulu orang cakap aku ni kerek,muka berlagak..lepas tu,tadi ada pulak makhluk kata muka aku ni masam,macam nak kena pelempang..diorang tak tahu yang aku sebenarnya shuwiit dan peramah..dahlah tadi aku tak ada mood..iyalah,punyalah aku bangun awal semata-mata nak gosok kemeja supaya kelihatan segak waktu presentation,tiba2 cancel pula, tak jadi present..ingat senang ke nak gosok kemeja made in china ni..selagi tak direnjis dengan air mutlak 10kali,jangan haraplah nak licin..manja tau..mencik3! <---gedik


Makhluk tadi cakap lebih kurang macam ni

"takut aku nak cakap dengan kau mula2..muka kau asyik masam je...cubalah senyum sikit..macam orang sombong..."

"ermmm.."(senyum separa ikhlas)








yangadadalamkepala :: senyumlah sampai ke telinga sentiasa...biar nampak cute walaupun confirm akan disangka gila...so, cheese!

Monday, April 11, 2011

CUN memang cun abes!



Hari : Sabtu
Tarikh : 02/04/2011
Lokasi : Hall 1, TGV Cinemas Bukit Raja
Seat : G24
Filem : CUN Waktu tayangan : 3.35 pm
Komen tentang filem : Untuk permulaan 15 minit, agak bosan sebab permulaan cerita yang ala2 Diva menyebabkan aku ada rasa sikit jelak bila melihat watak bergedik-gedik tak tentu pasal.. Bagi peminat karya Osman Ali aku mengharapkan sesuatu yang menarik pada minit pertama lagi..Tapi semuanya berubah dan aku sangat enjoy sampailah habis cerita..As a conclusion, semua lawak+bahagia+sedih+romantik tersimpul rapi dalam satu! Dan akhir sekali, apa yang aku memang tak puas hati adalah, kenapa untuk minggu pertama tayangan, CUN hanya mampu mengumpul RM 700 000?????!! Ingatkan boleh lah dapat dalam RM 1-2 juta ke...Haishhh!!



yangadadalamkepala :: Filem melayu sentiasa di hati...dan saja je gedik2 baru nak update..padahal dah lama tengok...

Monday, April 4, 2011

musim mengawan

pagi2 buta kelmarin tiba2 akak aku telefon...dalam pukul 8 kalau tak silap aku...gila ape telefon pagi2 ni...pukul 8 adalah waktu yang sangat pagi untuk aku lebih2 lagi weekend..


"hello..." oit mok..lu tau tak marshanda dah kawen??" (mok memang nama manja aku kat rumah..aku pun tak tahu kenapa ^-^)

"hah!!(terkejut beruk aku..biar betol!!aku dah bagi warning kat dia supaya tunggu aku abes study dulu...)owh dah tau dah...dah lama kot...(konon2nya macam nak cover terkejut lah)"

"abes lu macam mana??tak sedih ke??"

"ala, poyo lah nak sedih2.."

"ermm,dah la mok..buang masa je call..k,bye!"


lepas tu je terus aku jadi segar..buka laptop,cek kat internet...jadi kepoh pula sekejap...iyalah,aku peminat nombor 1 marshanda kot..sampaikan satu family aku dah tau...aku pun try lah serch kat www.kapanlagi.com...sekali tengok,memang betul la...deng!!





gojes!




cantiknya....




sebenarnya aku start minat kat dia sejak dalam sinetron Bidadari..dia memang cute masa kecik2..kalau tak silap aku waktu tuh aku sekolah rendah lagi..aku tengok sinetron tu pun sebab ada dia berlakon..minat aku kat marshanda ni sampailah ke hari ini..

masa aku pergi Jakarta dulu,aku pernah ajak makcik aku pergi sekolah marshanda dan tunggu kat pagar sekolah sampai dia keluar..kebetulan anak makcik aku pun sekolah dekat situ jugak..tunggu punya tunggu,rupa2nya dia ni ada tuisyen..takkan lah nak suruh makcik aku tunggu sampai petang..

tapi kadar keminatan aku dekat dia ada sikit turun bila dia buat video2 gila dulu...started from that,i always googled to find the truth about the videos and fortunately she was in normal condition..lately, her decision to wear hijab has made me proud of her..i like, lah!you are even more beautiful than before..kalau rajin,try lah klik sini...




yangadadalamkepala :: SEMOGA BERKEKALAN SAMPAI KE AKHIR HAYAT...