Thursday, January 13, 2011

kau dah 'KENA' belum??

Waktu berjalan bersama sahabat handai ke Midvalley,aku ada ternampak sorang minah seksi bertenggek ala2 manja di samping boifren tercinta..mungkin mahu memberitahu, "u,tengoklah lurah i ni.."..takpun mahu menunjukkan sebesar mana tonjolan yang dia ada.."u,besar tak??"

well, biasalah kalau dah ada kat Kay Ell yow! stok minah2 macam ni memang berlambak..senang je nak cari...tak payah masuk kelab2 malam yang sememangnya bersepah kt KL ni..orang lalu-lalang yang tengok pun dah seakan-akan terimun dengan keadaan macam ni..tapikan,kalau aku nampak benda2 macam ni, secara automatiknya pertanyaan yang keluar dari mulut aku ialah,

"ko rasa perempuan tuh dah kena ke belum??" (faham2 jelah ye..)


dan dengan pantasnya rakan2 aku yang lain menjawab dengan yakinnya,


"hurmm,of course-lah dah..."


tak lama lepas tuh,aku ternampak perempuan bertudung-labuh-dah-nak-sampai-lutut-dan-berstokin pulak duduk bertenggek manja di samping boifren tercinta betul2 menghadap air pancut kat depan the gardens..seriyesli romantik...macam nak buat free-show pulak kat khalayak ramai...kalau boleh bersatu-tubuh dekat situ, on the spot diorang buat...kalau tak silap aku waktu senja dalam pukul 7.30 aksi gesel-menggesel ni terjadi...aku pun tak semena-mena terpacul pertanyaan biasa,


"ko rasa dia dah kene ke belum???"


lepas tu,tiba2 sorang kawan aku menjawab,


"perghh,ko main bantai je..mane tahu tuh laki dia ke..mungkin diorang suami-isteri kot.."


"bullshit ko..mentang2 perempuan tuh pakai macam tuh, ko terus nak positive thinking..kalau betul suami isteri, waktu2 macam ni sepatutnya diorang kat rumah..standby solah jemaah sama2.." aku jawab dalam hati sambil tersenyum sinis...


sebenarnya,bukannya aku tak respect dengan orang yang bertudung labuh ni..tapi kalau perangai dah macam perempuan murah,apa guna kau tutup rambut kau, siap pakai stokin lagi..nak kata Malaysia turun salji,aku pun tak tahu tahun bila salji nak menyinggah kat Malaysia ni..lagipun,tak ke kau memberikan perspektif yang negatif terhadap perempuan2 bertudung labuh yang lain..lebih2 lagi kalau non-muslim yang tengok..sebab tulah aku tak kisah sangat kalau rakan2 aku free hair..bukan sebab aku menghalal kan apa yang diorang buat..tapi, lebih baik diorang bertudung dengan ikhlas dan tudung sekali hati diorang daripada buat benda2 yang tak senonoh...



yangadadalamkepala :: patutlah bila aku suruh member aku recommendkan budak2 course dia yang bertudung labuh untuk aku, member aku cakap, "buat pe ko nak yang tudung labuh?? ko ingat budak2 yang pakai tudung labuh tuh baik?? luar je nampak macam alim,tapi mulut 24 jam mengumpat,mengata...!" itu member aku yang cakap, bukan aku...

Thursday, January 6, 2011

andy rohidan bukan adik-beradik amar rohidan

Perghh gila lama aku tak update blog...dulu ingat nak vakum sekejap daripada blog sebab nak fokus exam..lepas tu terus aku rasa macam malas je nak update sampai lah ke hari ini..fuhh,hampir 3 bulan jugak tu..seperti ayat tipikal orang2 kalau dah lama tak update;
dah berhabuk dah blog aku ni...nasib baik tikus tak datang bertandang..!

sebenarnya mula2 aku ingat nak stat tulis blog pasal Piala AFF Suzuki yang memang dah lama tamat..tapi,rasa macam tak syok gak sebab aku yakin mesti semua blogger berebut nak tulis pasal benda ni..bukak mana2 blog mesti cerita pasal pengorbanan dan kejayaan Malaysia dalam pertandingan tuh..walau apapun aku tetap berbangga dengan kejayaan yang dikecapi meskipun isu laser dibesar-besarkan oleh orang2 seberang...tak pernah2 ada family gathering kat depan tv rumah aku semata-mata nak tengok bola! dengan pekerja2 mak aku sekali aku angkut bawak balik rumah..konon2nya garuda diorang tuh boleh menang lah..setakat garuda tampal kat dada,apa ada hal,ye tak... **aku rasa kesian gak kadang2...bila dah kalah,benda cikai tuh pun nak jadi isu...tak dapat concentrate konon sebab terkena laser...nasib baik si Jupe tuh tak jadi letak laser kat bra...silap2 boleh silau pulak mata si botak...terpaksa kena stop 30 minit perlawanan...haishh,botak2...nasib baiklah bini ko tuh cantik..!**

ok2,aku tak nak cerita panjang lagi pasal benda ni..lagipun satu dunia dah tau Malaysia yang menang...

aku pun sebenarnya tak nak cerita pasal azam tahun baru sempena tahun 2011 ni..sebab aku rasa azam2 aku untuk tahun 2000 pun masih belum tercapai...takkan aku nak tambah azam baru lagi...bertimbun-timbun lah azam aku nanti..apa yang penting "hari ini lebih baik daripada semalam.."aku ingat lagi 31 disember 2010,aku tidur awal dalam pukul 10.30 malam..orang2 lain sibuk nak sambut new year, aku pulak terbongkang atas katil..pada aku,katil itu lebih nikmat daripada melihat percikan bunga api di udara...

haa,lagi satu..aku pun baru tahu yang semua IPTA & IPTS kat malaysia ni nak menyeragamkan cuti semester supaya sama dengan internasional nye universiti..bila aku google je,rupa2 nya dah ramai orang tahu..biasalah,sepanjang aku cuti kat rumah mana ada aku baca surat khabar yang hanya dibeli sekali seminggu..apa lagi tengok berita...aku cuma tengok berita untuk 2 minit pertama je..paling lama pun 5 minit!


ermm,oklah...aku rasa dah empat benda aku cerita...tengoklah,kalau aku rajin bulan depan pulak aku update..!!



yangadadalamkepala :: SELAMAT TAHUN BARU SEMUA