Tuesday, October 19, 2010

semua orang pun nak, kan?

perempuan yang seksi bukannya untuk dinikahi
atau dijadikan isteri
tapi hanya untuk DINIKMATI !




got it?




yangadadalamkepala:: entahlah...

Thursday, October 7, 2010

cinta mati

tak sampai 2 saat double-stand motor, ada dua orang perempuan yang baru je balik dari sekolah melirik-lirik manja ke arah motor nouvo hitam manisku..sebagai seorang yang gentleman, aku dah cukup biasa dengan perihal2 manusia yang begitu kagum dengan skuter aku ni..tu belum lagi kalau aku pakai nouvo LC... *ruang lingkup perbandingan aku memang berkisar antara skuter dengan skuter..sebab motor yang ber-gear ni aku tak minat*

tiba2, perangai mereka terus berubah menggedik-gedik serupa cacing menyelinap masuk ke dalam kain mereka..ditambah pula dengan pemakaian mereka yang sukar nak digambarkan dengan butang keyboard betapa selekehnya..


"hye abang,boleh berkenalan?? baru balik kelas ek?"


"HYE..OPPSS SORRY, I AM GAY!!"


"................."


kau gila ke apa...sedangkan Fauziah Gous minta declare dengan aku pun, aku cakap;



"sorrylah...i tak boleh nak decide sekarang lah..sebab i tengah study lagi....nanti bila i dah kerja, i akan fikirkan dengan lebih serius ya, sayang...lagipun, i tak suka guna duit pinjaman belanja orang yang i sayang...takda class!!"


"HURMM, I TUNGU YOU K NANTI.."


nasib baik dia sangat2 memahami.....



yangadadalamkepala:: cinta untuk nafsu memang mudah dicari..tapi, cinta untuk hati sangat sukar didapati..

Tuesday, October 5, 2010

main guli

peraturan yang sangat mudah...

kalau aku buat baik dengan kau, kau wajib buat benda yang sama dekat aku, dan sebaliknya...
tapi kalau kau bagi sampah, aku akan balas dengan najis...
untuk kau bau, jilat dan telan...
adil, kan?

walau apapun, kau jangan risau..
dalam hati aku still ada bunga...
najis yang aku bagi bukannya selama-lamanya busuk..
nanti, hilanglah bau tu...


yangadadalamkepala::
kadang2, kita jangan jadi terlalu baik..sebab tak ramai yang boleh tafsirkan kebaikan itu...

Monday, October 4, 2010

diskusi ilmu

bila dah start open table,macam2 hal duniawi yang terpacul keluar dari bibir mungil masing2..biasalah nak cuba melepaskan geram dekat seorang hamba Allah ni,bukannya kata2 manis yang diperkatakan...melainkan cacian dan makian mewarnai sirkulasi udara sekeliling kami..memang penuh dengan kebencian, hasad dengki dan segala-bala percakapan berbaur najis...

tapi telinga ini masih dapat menerima segala mughallazah,mukhaffafah mahupun mutawasitah yang masuk..alah bisa tegar biasa...semakin banyak table seumpama ini di-open, semakin banyak ragam manusia yang dapat kita terokai..lain orang lain ragam...luar nampak cantik, molek..kat dalam tak siapa yang tahu...tak semestinya kulit putih,putih juga hatinya...tak semestinya masuk nightclub,keluar terus jadi perogol,penyangak,pembunuh...walaupun takada manusia yang sempurna, tapi mencuba untuk ke arah itu merupakan satu usaha dan matlamat yang aku kira teramat agung...

namun, inilah sebenarnya alam kebenaran sesebuah kehidupan..semakin kita mengenali seseorang itu, perumpamaan "don't judge a book by it's cover" semakin senang untuk difahami...bukannya hanya sebuah perumpamaan tradisi yang hanya tahu diungkap dari generasi ke generasi..sebab tulah jangan mudah sangat percaya dengan orang lain,walaupun kawan baik kita sendiri...kerana manusia mampu berubah 180 degree dalam sekelip mata...sekarang jadi kawan baik kita,entah esok lusa jadi musuh sepanjang zaman pula..



yangadadalamkepala:: kawan aku pernah post kat fb; people are lonely because they built walls instead of bridges...kalau kau takut lemas dalam air sebab tak pandai berenang,lebih baik tak payah bina jambatan...mungkin untuk selamanya!!

Saturday, September 25, 2010

bikin ketagih

sekarang ni aku dok asyik dengar lagu2 raya seperti;

lagu 01
lagu 02
lagu 03
lagu 04

aku tahu,sekarang ni tak banyak lagu2 raya zaman moden yang best2..kalau yang sedap pun,mungkin best dengar untuk sehari dua je..lepas tuh,muak..tak macam lagu2 raya zaman dolu2..even irama dia standard lagu2 lama, tapi sampai sekarang still lagi boleh ngam dengan halwa telinga kita semua,kan??jadi,bila aku survey2 lagu raya yang terbaru kat youtube,aku terjumpa lah 4 lagu seperti di atas..memang syiokk abess...walaupun takde lah dengar macam lagu raya sangat, tapi as long as telinga aku ni dapat menggredkan A untuk lagu ni,aku pun layan sajalah sampai sekarang...dan kebetulan lagu2 ni dinyanyikan oleh penyampai radio hot.fm...lebih hangat daripada biasa!


yangadadalamkepala :: tak pernah suka dengar lagu yuna-raya oh yeah...sebab ntah pape je..memang susah nak buat lagu raya ni..

Friday, September 24, 2010

pesanan untuk adik..

adik2 sekalian,sebelum meneruskan sesi pembacaan blog pada kali ini silalah klik di sini dulu...barulah afdhal, ustaz kata...





******





aku nak mengucapkan bebanyak terima kasih yang tak terhingga kepada sesiapa yang telah sudi untuk melampiaskan rasa simpati dan kasih sayang mereka terhadap apa yang telah menimpa insan mulia ini (maksudnya,aku lah tu)...selepas mendengar/membaca kisah sedih ni,ada yang beranggapan,





"mungkin korang satu rumah kene pukau kot..."





aku jawab;





"AKU RASA TAK KOT..SEBAB SORANG HOUSEMATE AKU TERJAGA BILA PENCURI TUH MENCUBA UNTUK MEMBUKA PINTU BILIK DIA...LEPAS PENCURI TUH PERASAN,TERUS BLAH...BIASALAH ENGSEL PINTU DAH BERKARAT...BUKAK SIKIT JE,DAH BERBUNYI...TAPI HOUSEMATE AKU NI BUAT TAK TAHU JE LAH SEBAB DIA INGAT BUDAK UMAH JUGA YANG MENGGATAL NAK MENGINTAI-INTAI ORANG LAIN SEDANG ASYIK TIDUR SAMBIL DIBUAI MIMPI2 INDAH...BUDAK2 UMAH AKU NI MEMANG RAJIN 'STAY-UP' SAMPAI SUBUH..."TAPI MALAM TUH,PUKUL 3 LEBIH JE SEMUA DAH 'DOWN TO EARTH'..





ada juga yang cakap;





"ntah2 toyol kot"





aku jawab;





"HAISH,TAKDE LAH...YANG AKU TAHU,TOYOL KALAU MENCURI,DIA TAKKAN SAPU BERSIH SEMUA DUIT YANG ADA DALAM WALLET...TAPI,APA JADAHNYA SEMUA DUIT KERTAS DENGAN DUIT SYILING 30 SEN AKU PUN DIA KEBAS???





ada juga kawan aku yang syak;





"mungkin orang dalam punya kerja ni.."





aku jawab;





"AKU TAK SYAK ORANG DALAM..SEBAB AKU DAH KENAL DIORANG NI SEJAK ZAMAN MUDA-MUDI DULU...TAKKAN LAH..*TAPI TAK TAHULAH YE..*





ada jugak yang tiba2 terjah;





"apsal ko tak kunci pintu umah??!"



aku jawab dengan nada lemah lembut;



"AWAK,KALAU SETAKAT PINTU KAYU YANG KAT UMAH SAYA TU,PAKAI KAD BANK AWAK PUN BOLEH BUKA..."





itu jelah tanggapan2 popular yang mereka cuba sampaikan kat aku...walau apapun,kami bertekad untuk keluar dari kepompong bahaya ini..kami tak nak pisang berbuah 4 kali...on,tidak!!!





kes 01 (awal tahun 2010) : dianggarkan 7 pasang kasut telah diambil dengan jayanya..lepas 2-3 hari,baru tersedar, "mane kasut aku??!!!"





kes 02 (pertengahan tahun-lagi sebulan nak exam) : ermm,penatlah nak taip..klik je sini...





kes 03 : baru je semalam terjadi...(lebih kurang lagi sebulan kami nak exam...)





ini tidak boleh jadi...jangan sampai daripada pencuri,mereka2 ni bertindak menjadi penculik...lagi aku gerun,kalau si bangs*t2 ini bertukar profil sebagai pembunuh...kesian gadis2 di luar sana sebab tak sempat nak berkenalan ngan aku..





yangadadalamkepala :: kalau kita duduk rumah depan security guard sekalipun, kalau sistem keselamatan rumah tak dijaga dengan baik,bukan setakat orang,kucing pun boleh masuk siap bawak anak2 sekali bila2 masa...tapi,aku tak kira..aku nak pindah jugak!!!!!!!

Wednesday, September 22, 2010

kena lagi

malam tu,aku abis kelas dah pukul 10.30 malam..aku terus tingkatkan kepecutan motor aku sebab aku tak sanggup membiarkan assignment2 aku ditinggalkan di rumah tanpa disiapkan..niat memang dah baik...bila aku sedang asyik menunggang,tiba2 aku baru perasan meter minyak aku sikit lagi mahu cecah E!!! jadi aku gagahkan juga untuk u-turn ke stesen minyak berhampiran...iyalah,takut2 esok aku tak dapat pergi kelas sebab minyak motor habis...kan rugi tu...niat memang dah baik...






sesampai je aku kat pertonas,aku hulurkan not rm8...terkejut juga aku bila tengok dalam wallet aku ada banyak duit rm50...siap berlipat-lipat...almaklumlah,duit2 raya...siapa kata budak umur 17 tahun dah tak boleh terima duit raya lagi???tetiba instinct aku kuat menyuruh aku bank-in duit ni (niat sekali lagi dah baik)...tapi, aku buat tak tahu je lah..sebab nanti tak payah nak beratur panjang2 semata-mata nak withdraw sekeping not rm50...leceh!!setel je aku isi minyak,aku pulang ke rumah dengan gembiranya dengan menaiki nouvo hitam manisku...sekian saja cerita aku pada malam tu...





riangnya, bertemu lagi..bagaikan bunga api di hati..lalalala






tapi,bukan tuh sebenarnya aku nak cerita..ni baru aku nak start cerita sebenarnya...pukul 9 pagi tadi housemate aku tetiba kejut kitorang...




"woi,bangun2..ada orang pecah masuk rumah kita...hp, duit semua dia ambik..."




ape lagi,menggelabah lah aku..terus segar mata aku time tuh...first sekali aku terfikir duit aku...aku cek wallet, hampeh...kosong dengan duit2 syiling aku dia kebas...nak dekat rm200 melayang..terkesima beb sekejap..nasib baik kad bank dengan ic dia tak ambik..shit,sekali lagi kitorang kene...setahun je dah dua kali kubu pertahanan kami ditakluki dengan jayanya..




"ishhh,kene lagi...!!!" getus hati comelku..




roomate aku,henfon SE dengan rm400 lebih lesap...dan mengikut jangkaan,pencuri professional macam p*ki ni menjalankan tugas antara pukul 4-6 pagi,ikut pintu belakang..siot,main belakang rupanya...sorang pun tak sedar....





haih,apalah nasib!!



rugi aku tak ikut kata hati aku untuk bank-in duit waktu nak isi minyak...

Tuesday, September 21, 2010

ruang untuk Lady Gaga

sekarang ni,makin banyak pulak aku tengok budak-budak sebaya dengan aku yang dah bertunang..aku nak tekankan untuk budak lelaki lah sebab kalau budak perempuan aku tak kisah sangat...diorang lepas UPSR nak kahwin pun, tak pelik mana...bak kata orang-orang sebelum zaman Nokia 3315 menjadi siulan ramai, kalau belajar setinggi manapun,last2 ke dapur jugak akhirnya.. tapi aku percaya, zaman sekarang perempuan ramai yang dah ada matlamat hidup..ada yang dah jadi doktor yang berjaya..ada yang jadi ahli perniagaan terkemuka..

baiklah,berbalik kepada topik utama tadi,mula2 bila aku dapat tahu bila orang2 muda belia macam aku ni mengambil keputusan untuk bertunang, aku mesti bagi penilaian negatif 100% kepada mereka..iyalah,belajar pun belum habis lagi, dah nak bertunang...tak kisahlah lagi 1 tahun nak grad ke, kalau takdir kene extend ataupun repeat 4-5 paper, tak ke 1 tahun lebih jugak nak habis belajar..kalau terus dapat kerja bila lepas grad,Alhamdulillah lah..tapi,kalau masih lagi menjadi menganggur kehormat, alamatnya kena pulun 24/7 lah ke hulu-hilir cari kerja...attend interview sini sana..takkan nak bagi bini makan maggie pulak bila dah kahwin..mentang2 dah kerap sangat iklan mi sedaap ke udara kat tv..*terfikir gak,kenapa produk lokal tak buat macam tu pulak ek??takkan nak promot produk negara seberang selama-lamanya..renung2kanlah..*

pada pendapat aku,bila seseorang tuh dah bertunang means that lagi setapak lagi dia nak berkahwin..so pengorbanan dia for sure lah lebih kurang dengan mana2 pasangan yang dah nak melangsungkan perkahwinan..takkanlah nak samakan pertunangan dengan declaration,



"u, jom kite kapel...."


"WHY NOT !!"



kalau kapel,bila2 masa pun boleh clash..kalau famili tak tahu pun takpe..tadahal..tapi kalau putus tunang, tak ke heboh satu kampung..lagi2 kalau kat kampung tuh ada Persatuan Makcik2 Minah-Joyah,Hanya Di Hujung Jari.! abes semua friends kat FB beliau tahu korang dah putus tunang..kalau majlis pertunangan tuh macam main kahwin2 masa kecik2 dulu tak pe lah jugak..sesen pun tak payah keluar..*teringat posted video kt FB pasal sorang perempuan materialistik yang nak putus tunang dengan tunang dia yang hanya penjual burger..tak ada masa depan katanya..huhh..*

tapi, sekarang ni perspektif aku dah sikit berubah, 90 degree..positively thinking, bila pasangan tuh bertunang pada usia dini, bermaksud mereka mempunyai satu misi yang sama,saling menyayangi,dan sanggup bersama sampai bila2..maksudnya macam si lelaki tuh dah cop perempuan tuh sebagai teman hidup...GENTLEMAN!! bak kata Lady Gaga sambil mengenakan pakaian daging binatangnya itu...

that's great apa kalau nak compare dengan couple yang dah 3 tahun bersama tapi still segan silu bila berjumpa dengan family pasangannya...





tapikan, macam mana pulak kalau budak yang belum habis belajar lagi dah menggatal nak mintak kahwin????tuh pun dikira gentleman jugak ke??




SANGAP!!

Monday, September 20, 2010

setahun hanya sekali

mood untuk belajar,buat assignment dan segala waktu dengannya masih belum menjelma lagi...mood cuti masih tebal lagi dalam kepala...ya,bukan mood raya..sebab aku tak pernah raya!!

Tuesday, September 7, 2010

cermin retak

sebenarnya aku dah lama nak tulis entri ni..tapi, aku simpan berminggu-minggu..sebab aku nak tunggu waktu yang sesuai baru aku akan publish..

ceritanya macam ni,waktu aku sedang khusyuk melayari internet, tiba2 ada seorang makhluk Allah ni sound aku,

"oit, ko dah solat belum??!"


"BELUM.."aku terus 'menelaah' laptop dengan sangat fokus tanpa menghiraukannya...


"astaghfirullah..ko tau tak dah pukul berapa ni?? ko nak solat pukul berapa?? berdosa kalau lambat2kan solat!!" tengkingnya seperti manusia hampir maksum...


tiba2 aku tersentap bila dia ceramah aku macam tu..

"NANTILAH..LAGI 5 MINIT NAK MASUK ASAR AKU SOLAT LAH!! KO TAK PAYAH LAH NAK SIBUK!!"


"ish.!!"



*************


sebenarnya aku tak boleh nak terima sangat kalau orang yang sama taraf dengan aku tiba2 sound aku untuk berkali-kali cakap pasal dosa-pahala...melainkan famili aku dan orang2 alim ulama..beb,cakap elok2 tak boleh ke??aku tak ada hal nya...

dan kenapa aku tak suka sebab, cuba bayangkan rozita che wan sound kau,

"weyh apsal ko pakai skirt pendek sangat???tak baik,berdosa!!"


takpun fasha sandha tiba2 datang ke arah kau dan berkata,

"joyah, tak baik rampas kekasih orang...nanti ko dicemuh..."


haaa,mesti kau rasa macam tak puas hati kan even mereka tuh kawan kau..

bak kata orang, cakap tak serupa bikin..walaupun apa yang cuba disampaikan tu elok,tapi naluri manusia memang sangat susah untuk menerima nasihat daripada orang yang tak-cermin-muka-dulu-sebelum-menasihati-orang-lain..aku boleh kata,inilah fitrah manusia... dan aku adalah antara orang tersebut...aku kadang2 rasa macam


"iya,akulah orang yang paling teruk di dunia ini..!!!"



kau pun akan rasa seumpama ini kalau ariel dan luna maya nasihat kau,


"tak baik kau menghampiri zina...zina itu berdosa besar...bersetubuh lah kamu dengan isterimu apabila kamu sudah berkahwin kelak..!!!"


ambik kau...memang hina gila babi...even mereka tuh BFF kau!!

Monday, August 30, 2010

berbaloi-baloi

dah lama jugak aku tak update entry baru..ni pun aku baru je settle organize kan satu program untuk subjek ethic semester ni..gile lah,aku rasa macam aku pikul beban 2 tan kat atas bahu untuk memastikan program ni berjalan lancar..dari awal aku dapat task ni sampailah semalam,hidup aku sebagai student UiTM di hatiku sangat2lah sibuk..sibuk nak pikir program ape yang nak di organize kan...dekat mana nak conduct program ni...nak mintak sponsorship kat siapa...dan macam2 lagi benda yang sungguh mencabar kesabaran aku supaya tekanan darah aku tak ditekan ke bacaan 200!!

satu grup ada maksimum 7 orang...dan kumpulan aku bergabung lagi dengan lagi 2 grup..so, total semua adalah dlm lebih kurang 20 orang...bila dah ramai sangat orang,memang macam2 kepala yang ada..ade yang bagi idea A..ade jugak yang bagi idea B...jadi kitorang kena betul2 berbincang untuk dapatkan satu kata putus...

and at last,kitorang decide nak buat program amal untuk anak2 yatim..which is grup 1 buat kutipan amal, grup 2 buat program motivasi dan LDK dan grup 3 buat majlis berbuka dan solat terawih bersama-sama..tempat yang kitorang plan nak buat adalah kat melaka..bila pihak kat melaka tuh setuju nak approve program ni,tiba2 timbalan dekan tak nak pulak kitorang buat kat melaka...beliau nak kitorang join program beliau kat klang...waktu tuh tempat belum confirm lagi..means that somewhere kt klang lah..memang gua frust beb time tuh...penat kot kitorang plan dari a sampai z siap kitorang buat survey lagi kat melaka tuh..tapi last2,kene reject...siape yang tak tension beb macam tuh..tapi kitorang tetap proceed lah dengan projek beliau..

to make it short, hampir berminggu-minggu kitorang pulun cari tempat yang sesuai untuk event ni..next place; KAMPUNG SEMENTA..memang tempat tuh sangat daif..tapi masalahnya takde tempat tidur sebab program kami ni 3 hari..

pening punya pening last2kitorang decide buat kat KAMPUNG SUNGAI SERDANG..tak payah apply tempat tidur sebab kitorang boleh buat program anak angkat kat sana..kebetulan sebelum ni ade jugak student2 dari u lain buat program anak angkat kat sana..dan berkat kerjasama dari semua pihak,akhirnya dapat juga kitorang jalankan program ni kat sana dari 27-29 hb ogos dengan jayanya...siap kami jemput YB lagi..GRAND..!!!!

pada aku,ni pengalaman baru untuk aku..bekerjasama dengan 20 orang untuk memastikan program berjalan lancar menuntut aku satu pengorbanan yang berkali-kali ganda walaupun aku bukan pengarah projek..waktu ni jugaklah aku baru tahu perpaduan tuh sangat2 lah penting...tak salah kalau aku cakap sebagai maha penting..sebab everybody got chance to give ideas...ade yang tak nak kalah,selfish dan pemalas..walaupun ditimpa dengan macam2 masalah,aku sangat lega bila akhirnya program ni dapat berjalan dengan lancar..siap RTM datang lagi buat liputan..

memang benarlah orang kata "bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian..."
kepada semua yang terlibat dalam program "SETITIS AIR MATA SELEMBAR KASIH SAYANG", aku nak ucapkan terima kasih banyak2...semuanya terbaiyekkk!!!!!




keluarga angkat kami yang super duper best..




first time kacau dodol



p/s: kalau nak view lagi banyak gambar,silalah ke fb..

Thursday, July 29, 2010

nantilah dulu..

memang dah lama tak update blog sebab

AKU BELUM PUNYA CERITA !!






sekian~

Monday, July 12, 2010

award dari munamuni




i just got this award from one of my former classmate, munamuni...first time woooo...dia cakap aku classmate dia waktu form 5...tapi aku rasa macam form 4...well, aku ni memang lemah sikit bab2 nak mengingat semula classmate2...anyway,terima kasih yang tak terhingga lah sebab bagi award ni...i lebiu lebih lah !



1) Anda mesti memberi pujian kepada pemberi 'award' ini...
apa aku nak cakap pasal si munamuni ni ek...haaa,selama aku kenal dia, memang tak dapat nak dinafikan yang dia seorang yang sangat pendiam...seriyesli susah gilllleee nak dengar dia bercakap dalam kelas...macam wanita2 ayu gitu! tapi bila dia dah stat buka mulut,korang pun akan secara automatiknya turut membuka mulut sekali, terpinga...terkedu...tersentap...dan ter2 yang lainnya...itu je kot yang aku tau pasal munamuni...



2) Sila beri 'award' kepada 10 bloggers yang lain..
kepada sesiapa yang terbaca blog ni dan terasa ingin memiliki award ni,silakan..banyak sangat sebenarnya blog yang best2...



3) Anda mesti beritahu kepada 10 bloggers ini...
owh,sudah pasti..



4) Bagaimana anda boleh digelar blog yang 'Best and Great'?
entahlah..aku pun tak tahulah..rasa2nya yang penting kena keep updating more frequent kot..mesti rajin beb...kalau tak follower lari...lepas tu,buatlah entry yang menarik2 sikit or kelakar2 ke informative sikit ke...then, jangan lupa canang dekat seantero dunia "i ada blog tau...u all jgn lupa follow ea... "



but,until now i'm still wondering kenapa dia letak nick 'munamuni' ek...bak kata tuan empunya blog,'orang tak hebat akan rasa hebat bila tahu saya sebagai munamuni...'

Wednesday, June 30, 2010

peterporn

pagi2 lagi aku dah tercongok kat depan tv...buka channel indon sebab nak tahu perkembangan semasa ariel-luna maya-cut tari...memang aku jamin 100% lebih daripada 3 channel yang memaparkan gosip2 tentang makhluk2 ini..mak ni memang caring kat budak2 ni...mak selalu follow diorang..mak suka, nyah...tapi ada juga yang tak tahu pasal kes mereka2 ni...memang tak up to date macam mak..




demm!!




memang seronok kalau jadi macam ariel tuh..syok sebab dapat 'rasa' dua orang perempuan cantik..bak kata anak muda-mudi masa kini, hot kowt...lepas tuh,yang seronoknya,walaupun meringkuk dalam penjara pun, still ada berpuluh-puluh orang yang tetap menyokong...BEBASKAN ARIEL!!







owh wadddefakhhhh!! aku bagi qalqalah sughra dan qubra kat situ...(memang nak kena lempang kalau ada yang tanya qalqalah tuh apa)




tuh yang aku nampak...yang duduk depan tv,goyang kaki,sediakan tisu kat tangan sebab nak lap air mata sebagai tanda-rasa-sedih-bila-ariel-masuk-penjara tuh belum aku kira lagi...aku pun peliklah..sudah terang lagi bersuluh,most of orang bijak pandai berkenaan dengan ilmu2 dunia maya ni berkata bahawa itu betul2 ariel...ibarat kata orang tua2, sebijik!! (jangan minta kat aku video diorang tuh sebab aku pun belum tengok lagi...google lah sendiri kalau dapat)








luna maya





cut tari

gambar ariel tak payah lah aku upload..kalau nak tengok,pergi kedai cd,beli album yang ada tulis 'peterpan'...lepas tuh,tengoklah sepuas-puasnya vokalis dia...

haa ni lagi satu kes murtad yang direlakan...

Sunday, June 20, 2010

yang lama tetap bermutu

tadi masa aku tengah sibuk membongkar album2 lama,last aku terjumpa gambar aku yang memang dah lama aku tak tengok..kalau tak silap aku tahun 1990 ni..aku rasalah sebab aku lupa pulak nak tanya orang yang ambik gambar ni dulu..









siapa yang pimpin tangan aku tu pun aku tak berapa ingat...mungkin disebabkan ramai sangat kot orang yang nak pegang aku..takpun sebab ke'excited'an aku bila samapai kat tempat tuh membuak2...alahai,rindunye zaman dulu2...

ok,sekian!

Saturday, June 19, 2010

officially, i'm taken!!

dari awal aku tengok dia,aku dah betul2 rasa jatuh cinta...
betul2 aku suka dekat dia...
mungkin inilah yang dinamakan panahan jatuh cinta pandang pertama...
orang selalu cakap kadang2,kalau fall in love at the first sight ni tak boleh nak percaya sangat...
sebab kita just tengok luaran...
kita belum kenal lagi batin dia macam mana..


tapi,tu oranglah yang kata...
yang rasanya aku....
jadi persetankan lah apa orang kata..
yang penting aku happy gila...
tiap2 hari aku mesti kena tengok dia...
tak kisah pegun atau pun statik...
iya aku tahu dua2 tuh membawa maksud yang sama...
maksud aku,statik adalah kata seerti dengan pegun...
bukan kata lawan ataupun ganda...


teringat dulu waktu sekolah rendah...
cikgu bahasa melayu aku sangat garang orangnya...
rotan memang selalu ada kat tangan ke mana saja dia pergi...
macam warden penjara...
tiap2 minggu aku dapat rasakan penangan libasan rotan dia...
dah macam rutin mingguan pulak....
lama2,dah tak rasa sakit pun dia pukul...
rasa macam kena pukul dengan straw je...


badan pulak dah lah besar macam pemain ragbi...
orang tengok kompem kecut...
big show tengok,terus tranform jadi saiful apek...
suara tak nak kuat lagi kan macam komanden (betul ke ejaan ni???)...
sekali jerit saja,mak aku yang kat rumah pun boleh terkejut dengar...
nasib baik beliau tak ada penyakit jantung...
jaclyn victor pun boleh kalah...
apatah lagi black...


dulu aku selalu jadi bahan dia...
cikgu aku cakap tulisan aku buruklah,macam cakar ayam la, bla...bla..bla...tak kuasa I nak ingat semua, nyah...
aku cakap balik "yang penting muka maintain hensem, cikgu.."
tapi dalam hati je tuh...
dia belum tengok lagi tulisan aku yang sekarang ni...
cantik,kemas dan berseni...
nasib baik juliana evan tak tengok..
kalau ju tengok,kompem dia jatuh hati kat aku...


cikgu aku selalu juga cakap yang aku ni suka sangat makan burger sebab tuh boleh gemuk..
kalau gemuk,otak lembap...
padahal dia baru terserempak dengan aku waktu aku tengah beratur nak beli burger sekali saja...
habis setahun dia asyik ulang ayat yang sama je...
cuba kalau dia terserempak dua, tiga,empat atau lima kali...
mesti dia panggil aku burger buat sepanjang hayat...
sebagai seorang pelajar yang mithali,aku hanya mampu mendengar dan tersenyum je...
sebab orang kata kalau budak kecik gemuk, comel...
haa yang ni memang aku setuju...
sampaikan semua cikgu berebut-rebut nak ambil aku jadi anak angkat mereka...
(ok,aku tipu)


owh,panjang jugak aku membebel pasal cikgu bahasa melayu aku ek...
padahal aku tak berniat pun nak cerita pasal dia...
sebenarnya aku nak bagitahu yang sesungguhnya aku sangat takut untuk menggunakan bahasa melayu dengan salah...
lagi2 kalau cikgu aku tuh terbaca blog aku ni...
haaa lagi satu lupa nak bagitahu cikgu aku tuh perempuan,ibu kepada dua orang anak...
tapi sekarang aku tak tahu dia ada berapa orang anak..
bergantung kepada kesuburan laki dia la...


baiklah,berbalik kepada cinta hati aku tadi...
seriyesli,dia memang hot...
body straight je dari atas sampai bawah...
25" 25" 25" kot...
aku belum sempat ukur pun lagi...
bagi aku, body doesn't matter too much...
yang penting dalaman dan performance (performance??)...
bak kata kawan aku "ermm kalau aku dapat,tak lepas!!"


aku malu sebenarnya nak tunjuk...
mugkin ada yang cemburu tengok...
mungkin juga ada yang terasa hati apabila aku lebih memilih dia daripada yang lain...
(susah kan kalau jadi orang segak ni)


baiklah,aku akan uploadkan untuk tatapan semua...











seksi tak???dia memang tak ada shape langsung...tegak je macam kayu...tapi aku suka...kalau dapat kat aku,mesti aku takkan cari yang lain...tuh pun kalau dapatlah...kalau tak dapat sekarang,mungkin aku akan dapat versi yang lain pulak...mungkin iphone5,6,7 atau 8...doa2kan lah starting gaji aku nanti rm 4k yep...sekali lagi aku tekankan, starting!!!

Tuesday, June 15, 2010

setan pun gay

aku dengar ada orang lelaki yang tengah lepak hisap rokok dekat i-city sambil muka, telinga penuh dengan tindik cakap;

"apalah pakai tanduk setan kat kepala..mak bapak diorang tak tahu ke berdosa!"


shit!lepas tu terus aku pergi kat mamat tu;



"pergh kau tahu pulak bab dosa pahala ni ek..yang ko pergi tindik dagu,telinga ko tuh sape suro..shut your fuck damn mouth up sudah la..tak payah nak jadi ustaz pulak kat sini..yang ko xpakai tanduk setan pun dah macam setan aku tengok..serius...lain kali ko tindik lah pulak kt mata ke mulut ke.."



memang waktu ni aku dah lepaskan semua geram2 yang berkumpul dalam hati..semua orang tengok aku...rasa macam bangga pun ada gak..tapi aku buat2 cool je..buat macam tak ada apa2 yang berlaku..lepas tu mamat tuh pun mintak maaf kat aku...aku cakap


"no hal beb..aku cuma tak puas hati je ko buat macam tu..lain kali ko tunjuk lah benda yang elok dulu sebelum nak tunjuk baik kat orang lain.."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aduss,apa lagi ek??dah tak ada idea lah nak kelentong apa lagi..nak menipu pun susah...nampak sangat aku ni seorang yang jujur..

Tuesday, June 8, 2010

broga berhantu..banyak setan

aku rasa setiap kali aku mengutuk cerita Lagenda Budak Setan yang macam syaitan tu,setiap kali tu juga aku dapat tau yang cerita tu ramai peminat..macam aku sorang je tak suka..mungkin aku muntahkan rasa tak puas hati dekat orang yang salah,kot..mana taknya,aku sanggup postpone balik johor semata-mata nak jadi golongan penchenta filem melayu yang pertama tengok cerita ni..sebab aku pernah baca novel dia..memang terbaek..sungguh besar pengorbanan aku terhadap karya tempatan..WTH!!tapi sia2 pengorbanan tu..dari awal sampai habis,aku stil tak boleh duduk diam dalam panggung tanda protes..aku tak boleh nak feel macam mana setannya kasyah dalam cerita ni..aku tak boleh terima teori bahawa sikap anti-perempuan boleh dicairkan apabila melihat perempuan yang tak seberapa cantik ada depan mata..mungkin selama lebih 10 tahun hidup,ayu adalah orang yang paling cantik yang pernah dijumpai kot..dan bermacam-macam lagi yang aku rasa macam tak berapa nak umphh..nasib baik scene azmi tu ok..boleh lah aku bagi 2 bintang..kalau ikutkan hati,aku macam nak buat rusuhan supaya pulangkan semula rm 9..(saya sayang duit saya)..dan akhir kata,nasib baiklah juga lagu soundtrack dengan scenery dalam cerita ni best..aku up lagi jadi 2.5 bintang !

Saturday, June 5, 2010

lagi-lagi yang ini..

semenjak dua menjak ni aku merasakan malas tahap gaban nak upload blog...aku lebih memilih untuk memberi perhatian untuk blog2 orang lain...lagi2 kalau blog yang berunsur cacian dan makian..memang cara..memang tiap2 hari aku follow...tak jadi follower pun...tapi,aku tetap menjengah lah blog kawan2 aku yang bersifat keislaman sikit walaupun tak pernah pun aku baca lebih daripada 3 post...


sebenarnya bukan apa,aku tak ada cerita2 yang menarik yang aku nak conteng kat blog ni...iyalah,sekarang ni hidup aku sama je..takkan aku nak bagitahu yang bila aku pagi pukul 6.30 pagi, terus siap2 nak pergi kelas...balik dari kelas je aku pergi beriadah...malam hari pulak, aku buat esaimen...lepas siap semua esaimen,aku buat revision...nah, tengok...nampak macam aku rajin, kan..tapi aku tak sanggup nak tipu semua orang yang baca blog ni..nanti semua ingat aku ni student mithali walaupun kadang2 iya...


rajin, kan??

takkan pulak aku nak cerita pasal ketabahan aku menghabiskan cuti semester aku dengan mengambil shortcourse...gila ke apa pergi kelas tiap2 hari sedangkan orang lain asyik bersenang-lenang goyang kaki kat rumah...yang aku tak puas hatinya bila ada orang macam ni;


orang lain: ko buat apa kat uitm???

aku: aku buat shortcourse lah..

orang lain: weyh,ko repeat berapa paper?? paper ape??

aku: aku tarik paper yang sem depan punya...kalau nak ambik sem depan takut banyak sangat subjek yang aku nak kena ambik..

orang lain: owh...


cubalah cakap "perghh rajin gila kau"....tak pun, "baguslah kau..at least ko dapat menghabiskan masa lapang kau dengan belajar.."


tengok,entry yang sebelum ni pun aku cerita pasal shortcourse...post yang ni pun aku sentuh sikit pasal shortcourse...nampak sangat yang aku tak ada idea kan nak tulis apa...sebab tulah aku malas nak update time aku tengah buat shortcourse..nanti entri berikutnya tak pasal2 aku cerita pulak pasal kelegaan bila habis shortcourse...*cuba kira ada berapa perkataan shortcourse dalam perenggan ni..*


Friday, May 21, 2010

semua orang pun nak bergembira juga

sekarang baru aku dapat merasakan yang intersesi ni sangat2 membosankan....sumpah tak tipu....cubalah bayangkan aku kena datang kelas selama 2 jam (kadang2 1 jam) tiap2 pagi pukul 8.30...satu kelas je dari isnin sampai jumaat...lepas habis kelas je terus jadi gila sebab tak tahu nak buat apa...takkanlah aku nak

1) tengok wayang
2) main boling
3) jalan2
4) tidur

lepas tuh sambung balik

1) tengok wayang
2) main boling
3) jalan2
4) tidur

esok lusa

1) tengok wayang
2) main boling
3) jalan2
4) tidur



sampai lah habis intersesi ni....sebulan... gile ke ape!!

Tuesday, May 11, 2010

saya suka kalau tiap2 hari macam ni!

kau pernah rasa tak bila kau ajak kawan kau pergi sesuatu tempat misalnya pergi tengok wayang dan kawan kau tu taknak pergi dengan alasan takde duit??? tapi lepastuh kau pun dengan slumber pergi tengok dengan orang lain...tiba2 kau dapat call dari kawan kau tu, dia suruh kau tolong belikan tiket wayang sebab awek dia ajak tengok wayang...ok,mungkin kau akan positively thinking yang awek dia yang belanja kawan kau tu...then lepas kau minta duit tiket wayang kat awek kawan kau tuh,dia bagi rm 10 je!!!!



aku: aikk apsal rm 10 je???





awek: yelah...abestuh takkan 1 tiket rm50 kot...





aku: erm okkay!




shit...shit...shit!!!

Saturday, April 24, 2010

desperate!

firasat aku merasakan paper semalam macam sial walaupun 3 soalan...buat penat je aku letak harapan yang tinggi nak dapat A (memang terlaluuuu tinggi gamaknya)....empat hari kot aku menelaah sebab nak jawab paper semalam...mana ada subjek2 lain yang aku spend masa selama itu, bai...tapi tup3,soalan satu je aku dah kantoi...punya lah aku tunggu setengah jam...suku jalan je yang dapat aku buat...pindah soalan dua, terus aku pening bila nampak banyak sangat angka yang aku kena tambah,tolak,darab,bahagi,kuasa, punca kuasa kan...aku pun main tibai je walaupun berjaya sampai setengah jalan....lepas tu aku tengok soalan tiga,aku gumbira...memang lancar je aku jawab soalan tu sampai 2 pages ak buat...lepas aku jawab,aku tengok

"lorr, 8 markah je....habis tuh, lagi 52 markah aku nak cekau mana??!!"
walauapapun,aku tetap mengharapkan keajaiban untuk dapat apa yang aku harapkan...kedengaran macam desperate gila2 kan??

Friday, April 23, 2010

gila !

kadang2 aku terfikir,syok juga kalau aku dapat gaduh dengan kawan2 aku sampai bertumbuk bagai...terajang kepala...sepak dada...lempang punggung...kira macam ala2 lepas geram gaya hero yang yang dapat tali pinggang hitam 10 kali..tapi masalahnya aku tak pernah mengalaminya langsung..erk,bukan langsung tapi dah lama tak kena...dulu aku pernah ke tendang kat dada masa darjah 1....lepas tuh aku sepak kepala dia balik...ape dia ingat dada aku ni macam punching bag ke...last2, dua2 nangis...kejadian yang sama berlaku masa aku form 1...kenangan lama yang macam bangsat!!



tapi bila dah lama sangat rasa macam rindu plak saat2 tuh...mana tak nya,kalau aku gaduh pun lepas tuh,gaduh mulut je...tak challenging...memenatkan aku nak fikir ayat2 lancang je...contohnya p*kim*k, pergi mam*us, an*ing, ba*i, p*kim*k dan sebagainya...haaa tengok,banyakkan dosa...asyik ulang ayat yang sama je...tak menjurus kepada pemikiran kreatif...kurang aksi!!




p/s: aku pun tak tahu kenapa aku boleh terfikir nak tulis entri ni??? gila !
p/s: ya Allah,jauhkan lah aku dari malapetaka2 seumpama ini...Amin !

Saturday, April 17, 2010

tercabut gigi = mati !!



kalau nak ikutkan dah lama aku nak post entry pasal benda ni...tapi aku simpan je sebab aku tak ada point nak mengarut apa pasal mimpi... ramai orang cakap mimpi tuh mainan tidur...kalau kita mimpi jadi superman,memang jangan haraplah yang kita akan jadi macam tuh..tapi mesti ada simbolik sebalik mimpi tuh....dan semuanya bermula tahun lepas...





kalau tak silap aku, aku pernah terbelek buku tafsir mimipi 10 tahun lalu yang akak aku beli...ada satu mimpi yang paling aku taknak mimpi2kan...mimpi tercabut gigi...nak tergelak aku bila baca tafsiran mimpi ni...boleh jugak ada maksud di sebalik mimpi tercabut gigi..


sebab kenapa aku takut??? sebab kalau kita mimpi macam ni, maksudnya orang2 terdekat akan mengalami kecelakaan atau mati!!walaupun mula2 aku taknak percaya 100% sebab benda ni macam mengarut, tapi disebabkan aku percaya mesti ada point kenapa orang terbitkan buku tuh...




ceritanya macam ni...tahun lepas,aku pernah mimpi tercabut gigi...kalau tak silap aku gigi bawah....then untuk confirmkan lagi sekali, aku pun telefon lah akak aku supaya dia refer balik kat buku mimpi tuh....then dia pun bagitahu benda yang sama....so,aku pun buat2 bodoh lah walaupun aku rasa macam cuak2 sikit....dah sah2 benda yang aku taknak mimpikan,tiba2 termimipikan (silalah faham kan ayat ni baik2)...



tiba2, 2-3 hari lepas tuh aku dapat tahu nenek kepada housemate aku meninggal...aku pun rasa macam ada yang tak kena ni...jadi,aku pun tak bagitahu dia lah pasal benda yang aku mimipikan tuh...so aku senyap sebab mungkit tuh satu kebetulan je kan...tapi,sebulan lepas tuh, nenek aku pulak sakit, masuk hospital sebelum meninggal seminggu dua selepas tuh....pulak dahhh.....


setahun berlalu......



baru2 ni,aku ada mimpi lagi tapi kali ni gigi atas pulak...aku dah cuak dah...then aku diam je nak tengok ada apa2 terjadi tak....dalam aku diam2 tuh,keesokan harinya aku dapat tahu housemate aku accident motor....seriyes tragik!!aku pun sempat melawat dia kat hospital...memang separa kritikal...tapi sekarang dah much2 better.....



dan tadi,aku dapat sms dari mak aku....


"andy,pak abu jiran kita tuh meninggal pagi tadi pukul 6.30..."








pulak dahhh!!

Tuesday, April 13, 2010

khas untuk ciQa Affy Qa

entri ini khas untuk apip yang tanpa jemu menyuruh aku mengupload gambar laptop terbaru aku...aku tahu dia sebenarnya sangat simpati dengan nasib yang menimpa aku....dan dia saja je tak nak luahkan...dengan pengaplikasian bahasa yang lain 'caring'.

oklah,demi tidak menghampakan dia aku pun try lah mengupload seberapa banyak yang mampu diupload dengan menggunakan kemudahan p1 wimax!!


aku tolong promot kan sekali mukebuku ko...






i loikee!





i loikee lagi!!






mudah2an laptop ni berkekalan bersama tuannya sehingga ke akhir hayat...amin
*sila baca dengan nada merendah diri*

Friday, April 9, 2010

lagi sedih daripada rancangan bersamamu

perghh dah lama gila aku tak menulis sejak laptop ben-q tahan banting aku tuh kene curi...cis damn punya pencuri...laptop besar gabak tu pun nak curi..terpaksa aku mati katak sementara waktu bila hari2 aku dihabiskan dengan melihat laptop kawan2 aku yang tak dicuri...ciss damn punya pencuri..!!

ceritanya macam ni..sebenarnya rumah sewa yang kitorang duduk kena pecah masuk pencuri...waktu tuh antara pukul 1.30 - 2.00 petang...jumaat, 26 hb mac..habis 7 laptop dan sebuah henpon kena curi...memang macam shyt...dalam setengah jam je,pencuri ni boleh potong mangga rumah aku dan try ceroboh ke pelosok ruang rumah aku...uihhh gua respek kat lu lah beb!!lepas tuh mungkin waktu2 solat jumaat ni makcik2 dan akak2 sekeliling pun mula menyibukkan diri untuk bersolat zuhur, sampaikan sorang pun tak perasan siapa yang masuk rumah kitorang...agaknya lah!

then bila aku sampai je rumah masa tuh,budak2 rumah aku terus cakap yang bilik aku yang sentiasa berkunci tu pun kena masuk pencuri...laptop aku dengan sorang lagi roomate aku kena bantai...terkedu aku seketika....tak lama lepas tuh,kitorang pun pergi lah bergegas ke pejabat polis ngan pejabat nr...ramai yang cakap kawasan rumah yang aku duduk ni memang selalu berlaku kes2 macam ni...


haishh,kalau lah aku jumpa pencuri tuh,aku rasa macam nak jerit


oit bangang,ape pasal batteri ngan charger laptop aku ko tak curik sekali r??? bodoh!!

Monday, March 22, 2010

jangan complain




aku tau mesti lepas korang tengok signature aku tuh korang mesti terfikir


lawa jugak ea signature dia....



well,terima kasih atas pujian itu!!!

Saturday, March 20, 2010

hidup kena ada misi, baru boleh berjaya

yeah harini aku telah memberjayakan diri untuk mengisi masa lapang hujung minggu dengan melakukan sesuatu yang sangat2lah berfaedahnya...aku telah merelakan diriku untuk menjadi sukarelawan pada hari sukan nr iaitu dari pukul 7.30 pagi hingga 5 petang...setelah dipikir-pikir dah tiba masanya untuk aku menabur jasa demi kesejahteraan warga nr di bumi uitm shah alam ni...


sesungguhnya demi menunjukkan bahawa aku bersemangat untuk menyertai aktiviti ini,aku dengan senang-bangunnya, bangun pukul 7.00 pagi,di mana waktu seumpama inilah biasanya aku mencapai klimaks bagi setiap jalan2 cerita mimipi aku. tapi, yang aku peliknya kalau waktu ada kelas memang tak dinafikan aku akan mengalami sindrom susah-nak-bangun...malas...jadi nampak sangat yang aku ni merupakan seorang yang suka melakukan kerja2 amal daripada menghadiri kuliah terutamanya kuliah pada waktu pagi...alasan???sebab aku nak kumpul seberapa banyak sijil khas daripada uitm shah alam...jadi nanti senang bila nak cari keja, kalau interviewer tanya kat aku;



apakah sumbangan yang awak telah berikan kepada uitm???




sudah tentu aku akan menjadi penganggur seumur hidup kalau aku menjawab,




"saya telah berjaya menghadiri kuliah dengan cemerlang, tak kiralah siang ke malam ke walaupun saya sibuk dengan kehidupan sosial saya sebagai seorang remaja seperti keluar dengan kawan untuk menonton wayang,pergi bermain boling dengan rakan serumah mahupun lepak bersama rakan2 lama di kedai mamak yang berdekatan..."




p/s: sijil perlu diberikan kepada mana2 pelajar yang telah berjaya menghadiri kuliah tanpa ponteng sebagai tanda penghargaan dan memupuk semangat 'saya suka datang kelas' di kalangan pelajar yang gila sijil macam aku...

Saturday, March 13, 2010

kenapa saya suka sekolah saya??!!

mula2 aku tengok dekat fesbuk ada member aku post pasal kejayaan SAKTI dalam SPM 2009...31 orang straight A's...aku terkesima sekejap....lepas tuh aku dah rasa macam


"eh sekolah aku boleh berjaya macam tu ke??"


ye,kedengaran seperti sangat biadab dan aku yakin kalau pengetua SAKTI boleh dengar isi hati aku time tuh mesti dia ajak jumpa dan lempang aku laju2 dengan team2-pencinta-SAKTI...




kalau sebelum ni aku hanya main kenyit2 mata je dekat sekolah aku...dulu memang susah kalau nak tengok SAKTI berada di top 20 SBP kat malaysia ni lagi2 dalam hal akademik...apakan pulak top 10...memang mimpi tinggal mimpi je lah...tuh pun kalau pernah terfikir sampai macam tu sekali...sangat kejam...dah lah sekolah aku tuh terperuk,terceruk dan terpedalaman dari kawasan bandar...




dan tadi aku tetiba terasa nak tahu kebenaran seperti yang dipostkan membe aku tuh...so aku bukaklah uncle google, sekolah menengah sains kota tinggi...tiba2 keluar ni



nampak macam mimpi,kan??

kalau tak jelas, klik di sini...


aku terkesima sekali lagi...termenung meratapi apa yang sedang aku lihat...rasa bangga pun mula memunculkan kelopaknya sebelum mekar,sehingga ke hari ini... dan akhirnya, sekarang aku dapat merasakan macam mana bangga menjadi pelajar SEKOLAH MENENGAH SAINS KOTA TINGGI (SAKTI)...bekas pelajar!!!



walau apa pun,aku ingin mengucapkan rasa terima kasih tak terhingga kepada cikgu2 dan pengetua yang telah berusaha menaikkan nama SAKTI di mata SBP...dan kepada adik2 sekalian yang masih menuntut, teruskan kejayaan seumpama ini..kalau sekarang top 5,masa akan datang cuba lagi yeng tebaik supaya menjadi top 1 pulak!!




yang benar,


aku . senior . korang


melaporkan dari School of Medicine,


HARVARD UNIVERSITY...

Friday, March 12, 2010

lega kot kalo tiap2 ari rasa macam ni

sekarang aku dah rasa macam melepaskan 2 tan bebanan kat bahu bidang aku...aku rasa sangat2 hanimun bila semua test2 yang begitu menguji kepintaran dan kebijaksanaan kepala otak aku dah berakhir dengan aman...tapi hanya buat minggu ni!!!ye minggu ni je aku meng-hooray-kan diri...kalau minggu lepas pulak aku super duper bizi dengan esaimen2 yang sungguh berlambak...macam mahu saja ku hantuk kepalaku ke atas tilam empuk...kutikam perutku dengan menggunakan cotton bud...ku terjun dari tingkat ground floor ke dalam swimming pool...owh,sengsara..


semenjak dari itu aku dah buang term 'in relationship' to youtube mahupun tube2 yang lain..aku hanya meluahkan rasa rindu aku dekat uncle and auntie google yang selalu teman aku dalam menyiapkan lab2 report every week...thanks ya...tapi,lagi 2 minggu aku akan digegarkan bertubi-tubi dengan test yang bertali-arus...kenapa baru aku rasa sem ni ek???kalau sebelum ni boleh aje aku buat marathon tengok movie malam sebelum test berlangsung...main send-reply comment kat dalam fesbuk...tapi sekarang persediaan zahir dan batin yang mapan harus dilakukan walaupun tanpa membalun kopi tongkat ali ataupun kopi janda....tidak berbaloi-baloi...


dan sekarang,aku nak rehat sekejap dari hiruk-pikuk dunia student yang suam2 kuku kebosanannya...walaupun aku belum lagi pegang title IR,tapi kepayahannya memang aku dah feel!!!



*ok,nak layan mahsyuk goyang kaki atas sofa sambil tengok tv..gud nyte!!*

Monday, March 8, 2010

entri yang berinformasi

sekarang aku tengah tangkap lentuk dengan 3 buah lagu ni....setiap kali aku bukak laptop aku yang dah sama besar macam tv 25 inchi ni,mesti lagu2 ni wajib aku dengar....tak kisahlah aku rotate lagu ni 40 kali pun,janji layan....satu lagu rancak...satu lagu dangdut....dan satu lagi lagu leleh+sengau sikit2...macam2 genre lagu aku minat...1 MALAYSIA beb...


tapi,sayangnya, kesemua lagu tu bukan lagu2 nyanyian band jumpa pakcik hussein,emas idayu mahupun new boyz...nasib baik kak emas tak tahu pasal benda ni..kalau tak,mesti kene rotan punyeee...yang paling penting bukan juga lagu dari malaysia...owh,hilang sekejap semangat patriotik aku...walaupun jiwa aku lebih ghairah menonton filem2 seperti adnan sempit berbanding from paris with love,tapi bab2 lagu ni tarikan lenggok inul lebih berkuasa...chopp,tak bermakna aku suka lagu inul...lagu2 yang aku maksudkan



*kalau aku attach clip video kat sini pun macam tak guna juga sebab lagu ya ya ya tak boleh di pause atau di mute kan....*


aku dari dulu lagi minat lagu2 indon ni...walaupun semua orang sibuk sangat nak nyanyi lagu2 lady gaga lah jonas brother lah,tapi aku tetap dengan lagu2 seberang...lecehlah kalau nak follow lagu omputih ni..susah nak dapat feel sebab susah nak faham lirik...i seem stupid when i try to understand the lyric...

macam mana lah kita nak sekat lagu2 indon supaya tak membanjiri industri muzik kita...aku dapat tau lagu ni pun daripada radio malaysia jugak...yang pastinya bukan dekat klasik.fm mahupun minnal.fm...pada pendapat akulah kan,kuota 90:10 lagu malaysia:lagu indon tak berapa nak efisien sangat lah...sebab kembali kepada tujuan asal untuk mengurangkan lagu2 indon masuk ke dalam pasaran malaysia,kenapa tidak kita tingkatkan nisbah tu kepada 95:05...sebab apa yang aku tahu sekarang ni walaupun dah limit kan jumlah tu,tapi still lagi artis2 indonesia semakin bebas berkarya kat sini...tapi macam mana pula nasib artis kita???baru je dapat invitation buat satu show kat sana,dah kecoh seantero malaya..tu pun entah berapa kali seumur hidup...


yang paling aku gelak tak boleh tahan,kalau wartawan kita tanya kat artis2 sana


"kalau kamu diberi peluang untuk berduet dengan artis malaysia,siapa yang kamu pilih??"


dan pasti aku yakin seyakinnya mesti diorang akan jawab nama2 tipikal artis malaysia macam siti nurhaliza,sheila majid,search,dafi (tu pun sebab pernah berduet ngan gita gutawa)...try lah tanya kat sape2,mesti ruang lingkup jawapannya terletak antara empat artis ni...dan kadang2 kalau diorang nak buat kelainan sikit,diorang sebut lah sape2 nama yang diorang baru kenal...mungkin akim...takpun stacy...kalau nak lagi advance, jaclyn victor...


sebenarnya,kalau nak ikutkan artis kita lebih berkualiti daripada diorang...cuma melodi dan irama yang kita cuba sampaikan tak boleh diterima dengan segera oleh lubang2 telinga mereka...kalau kat sini popular dengan lagu2 seperti dramaking (i like this song very much),kat sana lebih memilih lagu2 macam cari jodoh dari wali band...walaupun kita serumpun,tapi citarasa lain2...


jadi,kesimpulan kecilnya pilihlah lagu dari ceruk mana pun...hollywood ke bollywood ke banglawood ke yang penting memenuhi citarasa hati dan perasaan yang paling dalam...



ikhlas dari,
aku . penchenta . muzik...

syok ahhh

lagu profile baru, GIGI-YA YA YA....
lebih fresh....lebih energetic....gile syok!!



sekian,selamat malam....nak bobok....
daaa~

Sunday, March 7, 2010

terjun dari KLCC

kelamrin lecturer math aku cakap kat kelas,

"ok,saya tengok kelas awak ni bagus...ada yang dapat full mark,30/30...tapi,ramai jugak yang dapat markah atas 20...teruskan usaha awak untuk test2 yang berikutnya dan juga exam...bla...bla...bla..."


bila dengar dia cakap macam tuh,apa lagi seronok gila lah aku....maksudnya aku pun termasuk dalam golongan yang atas 20 tu la agaknya....tak sia2 aku meniru tyme test arituh...lagipun,aku jawab semua soalan....tapi tak tahu betul ke tak...aku tak kisah pun kalau aku dapat just 20/30....yang penting lulus....dah la aku buat semua tutorial yang lecturer suruh buat....punya pulun aku completekan semuanya malam sebelum test....(sila tabik buat aku)...


so,sorang2 lecturer panggil ke depan....sebab dia nak tunjukkan apa kesalahan yang student dah buat...aku tengok kawan2 aku ramai yang dapt 25,27,29...bila tiba giliran aku je,aku terus tengok tepat2 kat kotak 'marks'....
.
.
.
.
.
13.5 !!!!
.
.
.
.
huarghhh,apa yang aku dah buat ni!!!!!!!!shyt!!!!!daymmm!!!!!aku dah study laa!!!

macam tengah pikul gajah kat belakang badan

test berlambak....


tapi malas nak study...


boring....


nak tengok tv....


tapi tv takde suara...


nak keluar....


tapi malas nak keluar....


badan berbau...


tapi malas nak mandi...


perut lapar....


tapi malas nak pergi beli lauk...


nak terus online....


tapi internet sentiasa lembab 24/7....


(wimax sontot..buffer youtube yang berdurasi 9 minit punkene tunggu berjam-jam...dah lebih 2 jam,still 4 minutes left...WTH)


nak sambung tidur....


tapi kalau asyik tidur je,bila masa nya aku nak kurus!!!





jadi kerja aku sekarang ni,keluar masuk bilik....

turun naik tangga....

pejam celik mata....

guling ke kiri ke kanan....

manalah tahu tiba2 dapat ilham macam mana nak cari solusi yang terbaik kepada permasalahan aku.....macam ada bapak gajah yang bertandang kat bahu aku.....serious dowh!!!!



*minggu depan aku nak balik....aku dah jadi fucking sucking homesick sekarang ini.!!!*

Sunday, February 28, 2010

ini yang merepek

i am going to stop asking and talking about the same thing over and over...
seriously,aku memang penat nak tunggu...
dan takut nak terima kenyataan yang sebenar...
aku jalan straight..
kau jalan belok2...
aku ajak kau naik tangga,kau gelak guling2...
dalam diam,kau naik lift...
kau ada dunia kau...
aku pun ada dunia aku sendiri walaupun kecil..



ruang yang sekangkang kera ni jugak lah yang membawa aku untuk cuba masuk ke alam realiti yang lain...
tak payah nak pergi interview mahupun audition....
kau join,kau enjoy...
senang kan...



so far i am happy with what i have done...
walaupun mesti akan ada cakap2 sampah yang cuba untuk menunjukkan ke-perfect-kan masing2...
tapi,ada aku kesah....i mean, kisah!!!


p/s: aku dah tengok niyang rapik..walaupun dapat seat depan,tapi enjoy!!!i give 3 and half~

singa itu menawan

19 hb februari aritu,aku pergi singapore..trip ikut travel,in-charged by student..kira dapat harga yang paling murah lah...rm 150..


gerak dari shah alam pukul 1.30 pagi....then sampai r n r gelang patah dalam pukul 6.30 pagi...mandi+bersolek+solat subuh+sarapan (disediakan)...pukul 7.45 pagi gerak ke singpore ikut second link...first time aku pergi singapore lalu link ni..sampai je kat singapore dalam pukul 8 lebih...first tempat kitorang pergi merlion city,tempat singa pancutkan air ikut mulut...lepas tuh pergi chinatown...banyak barang yang dijual dengan harga yang murah macam keychain2,baju2 dan lain2....then pergi factory ntah-apa-nama....tumpang kencing sebab most of the toilets there takada air nak cebok...just calit bontot ngn tisu...tuh pun kalau ada tisu..kalau takada,guna tangan sudaa...perjalanan pun diteruskan ke bugis street...tour guide (tak pasti kejantinaannya) kami cakap tempat ni macam petaling street,tapi lagi high class sikkkkkiiiitttt lah....so kitorang diberi masa dalam 1 jam setengah untuk bershopping2 kat tempat yang ada 600 kedai ni...punyalah pening tak tahu nak beli apa,last2 aku pun belilah perfume emporio armani diamond,$45 (convert sendiri ke ringgit malaysia dengan tukaran $1 = RM 2.45)...lepas tuh pergi solat zohor+asar kat masjid sultan and lunch kat kampung kelam@gelam....then,destinasi terakhir gerak ke sentosa pukul 3.45 petang...lebih kurang macam genting la kalau kat malaysia...tapi ada orang cakap lagi best...banyak jugak tempat kitorang pergi..tempat paling aku suka,siloso beach..dah mcam kat hawaiiii....seksi2 semuanya... wow!!!dekat sentosa aku main luge,skyride dengan tengok song of the sea..(google kalau nak tau permainan dia macammana)....then,pukul 10 malam,kitorang pun gerak lah ke malaysia....berhenti sekejap kat danga bay,dinner and solat maghrib+ isyak...pukul 6 pagi kitorang pun sampai kat shah alam dengan selamat...



conclusion: penat tapi best walaupun aku pergi sinagpore tiap2 tahun...
recommendation: pergi kepada sesiapa yang belum berpeluang nak pergi...wajib!!
reference: me myself (no et., al)
appendices: gambar2 tak dapat nak diupload disebabkan internet lembab nak mampuss..!!1 picture 10 jam untuk upload...(sebenarnya malas nak tunggu pictures to be uploaded)....korang imagine kan jela ea...




p/s: please mark my recommendation!!


Thursday, February 18, 2010

kadangkala sejarah itu tak berapa nak indah

setahun lalu....



setiap hari rabu mesti aku tak pernah terlupa untuk tengok cerita bersamamu kat tv3...di samping menyajikan realiti2 kehidupan yang sangat menyentap jiwa raga sehingga mampu menarik air mata jantan ku mengalir sebak, lagu latar bersamamu pun memang syok didengar...lagi2 kalau derita orang2 kurang upaya disajikan...fuhh,sedih punyeeerr...kadang2 tuh aku terfikir,kenapa lah pendatang asing senang sangat dapat kerja kan???sedangkan,rakyat pribumi pun susah nak bekerja kat bumi sendiri...tapi,bila aku terkenang kan keadaan kedai aku,percaya atau tak orang melayu yang bekerja paling lama kat kedai aku pun 2 minggu dengan berbagai2 alasan...tipikal punya alasan, sebab terlalu penat...sedangkan orang indon yang paling sekejap kerja kat tempat aku adalah sebulan!!!padahal makan,minum,tempat tinggal telah ditanggung sepenuhnya...no hidden charge!!!ermm,mungkin sebab tu kot...lagipun,kalau aku,memang tak larat nak kena bangun pukul 6 pagi,then habis kerja pukul 7 malam...tapi kan,kalau dah ramai sangat PATI yang datang ke malaysia sesuka hati boleh menjejaskan imej negara..lagi2 bilangan diorang yang mencecah 27000 orang ni pun dah boleh dianggap terrrrrrrrrrrrrlalu ramai...ada dari myanmar lah,kemboja lah,bangladesh lah,indonesia lah..silap2,diorang boleh berkuasa pula kalau tak dibendung habis-habisan...sekarang ni pun kecoh pasal pelajar asing yang buat onar kat sini....haishh,macam2..........






*haritu mat bangla ada datang rumah aku hantar perabot...habis satu rumah berbau....masam+tengik+bacin+hampas....*

Tuesday, February 2, 2010

shah alam menjerit

lepas habis kelas je, aku terus rushing pergi stesen bas sebelum tiket ke JB dari shah alam sold out dengan jayanya...adalah aku pecut dalam 80-100 km/h...sambil menunggu lampu isyarat bertukar menjadi hijau kat simpang empat,tiba2 aku dapat melihat secara live macam mana sebuah kereta menyondol sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang perempuan bersama dua orang anaknya (baru balik dari sekolah rendah) di belakang...terpelanting semua jatuh merebah bumi...sumpah aku tak pernah tengok kejadian seumpama sebelum ni...betul2 depan aku...lepas tu apa lagi,ramai orang yang bekerjasama untuk menolong mereka...sebenarnya,aku memang dapat tengok kronologi kejadian sebelum dan semasa....tapi,secara drastiknya aku menoleh kepala aku daripada meneruskan penglihatan...uihhhh, serius kesian...lagipun,aku memang tak boleh tengok benda2 macam ni...seriau!!!lagi2 bila suara salah seorang budak yang dibonceng tuh terus menerus menjerit,mengerang kesakitan...memang tragis..!!sampaikan jeritan tu masih lagi terngiang-ngiang kat telinga aku sampai sekarang...belum lagi titisan2 darah yang keluar dari hidung,mulut dan kepala mereka yang tak berhenti-henti meleleh...NAUZUBILLAH!!!minta2 dijauhkan dan menjadi pengajaran untuk aku supaya lebih berhati-hati di kemudian hari....Amin....



*alahai,kenapalah aku tak kuat tengok benda2 macam ni sedangkan salah satu impian aku adalah untuk menjadi ahli forensik??!!*




p/s: sila berhati-hati ketika memandu atau menunggang even basikal sekalipun....sila pastikan jarak selamat anda....sila patuhi had laju yang telah ditetapkan...dan akhir sekali,sila pandu motor nouvo hitam manisku dengan penuh berhemah ye demi kesejahteraan tuan empunya...

Friday, January 29, 2010

apabila kesemangatan dianak tirikan

perjalanan hidup aku yang straight-line-without-fluctuating ni pun bermula seperti biasa...kelas harini pukul 10.30 am...dan dengan tidak semena-mena aku pun terjaga 2 jam lebih awal untuk membuat preparation sebelum ke kelas...kedengaran seperti pelik dan tampak bersemangat!!!hmm mungkin ini adalah salah satu azam tahun 2010 yang memang tak disengajakan ye...aku pergi dapur,masak air....tongkat ali brand cni aku minum supaya sentiasa strong tanpa lesu sepanjang hari...



tiba2..... "1 message received"

........oit,jom lepk tioman raye cna ni...aq cuti tyme ni.......



sepanjang cuti raya cina ni,aku memang dah fully booked nampak gayanya...ada yang ajak aku pergi melaka lah...jalan2 kat pahang lah...batam lah (ntah jadi ntah tak)...genting lah...tapi,semuanya belum betul2 confirm lagi...ni belum masuk lagi ada yang ajak aku pergi bali akhir tahun ni...macam tahu2 je aku dah di-sponsored...tapi syok gak kalau dapat pergi jalan2 ni..


**aisyhh diorang tak tau ke aku busy setiap kali cuti???**haha



aku tak reply pun mesej tuh...biarlah ia menjadi satu rahsia yang tiada jawapan...lepas aku minum,aku pun pergilah basuh cawan yang aku gunakan tadi sambil melihat keindahan alam semak-samun semulajadi kat belakang rumah aku...then aku naik bilik,aku kemas buku2 yang patut dibawa untuk ke kuliah nanti...double-check mana2 assignment yang belum settle lagi...dan untuk kelihatan hot di depan para mahasiswi,baju dan seluar harus di seterika supaya nampak kemas dan rapi...barulah bergaya walaupun made in uptown...quality does not matter,indeed!!!aku capai towel biru laut,dan masuk ke dalam shower...berus gigi follow me,ubat gigi fresh&white,facial foam loreal for men, dan shower foam tracia yogurt strawberry digunakan dengan sebaiknya...lepas tuh,aku pun macam biasalah siap2 pakai baju....9.30 am tercatat kat jam emporio armani rm20 aku..!!sememangnya aku tak pernah siap seawal gila gaban macam ni...sila tabik...



tak sampai 15 minit standby untuk ke kampus,dengan nada gembiranya membe aku bagitau "oit kelas cancel arini...lecturer ambik mc..."




huarghhhhhh!!!!!wahai lecturer ku,kenapalah anda tidak mengambil mc awal2 lagi???!! jadi,tak payahlah saya jadi bersemangat macam ni..aduss!!makin cepat berkurang isipadu deodoran rexona aku dengan sia2 kalau hari2 macam ni...sebab last2, ke tempat tidur jugak akhirnya..............................







p/s: tongkat ali tak berjaya mengelakkan mata saya terkatup rapat...




Saturday, January 23, 2010

bikini TRIUMPH

aku dapat petua menerapungkan diri ni daripada laoshi a.k.a tecer yang mengajar aku mandarin...petua ni memang sangat2 berkesan...aku yakin,korang mesti tak menyesal kalau cuba petua ni walaupun aku sendiri belum try...plus,petua ni memang sesuai untuk sesiapa yang betul2 nak belajar berenang...


menurut laoshi kesayangan aku tuh,basically sebelum kita expert berenang,kita kene pandai terapung dulu....barulah kita dapat jadi perenang yang hebat sepertimana michael phelps yang dengan kejamnya telah memecahkan 37 rekod dunia sepanjang karier beliau...(tapi dia tak cuba pun petua ni)


jadi,petua ini menjanjikan anda masa 3 hari saja untuk menjadi handal dalam bab menerapungkan diri...memang mudah dan kurang kos sebab tak memerlukan pakaian renang yang branded2 seperti boxer,brief dan bikini daripada victoria secret mahupun renoma...cukup hanya t-shirt dan jeans (apa2 jenis pakaian pun takda hal)...anda juga tak perlu takut sekiranya dimarahi oleh jurulatih yang garang atau bengis selayaknya A.Galak selepas men'trim'kan misainya,takpun seperti Kristy Curtis yang tak habis2 menjerit supaya peserta2 the biggest loser asia dapat menurunkan berat badan sehingga 20 kg dalam masa seminggu (gile ke ape..??)!!!!



ok,kembali semula kepada petua menerapungkan diri...senang saja...first,anda semua perlu cari kolam,sungai ataupun laut yang menjadi destinasi terbaikkk untuk anda berenang...then,terus je lah terjun...untuk hasil yang optimum,tunggu hasilnya 3 hari kemudian...kompem anda akan terapung..!!



selamat mencuba....harap maaf,testimonial daripada orang2 yang telah mencubanya gagal untuk diperolehi dan dipaparkan sebagai bukti...walau apapun,MAY GOD BLESS THEY lah...

tips hebat libur edisi sdn.bhd.....

tips yang perlu dititikberatkan sebelum pergi vacation....

1) sila rancang perjalanan dengan orang yang betul2 kompem nak pergi...bukannya dengan orang yang hanya hangat2 tahi ayam...

2) sila rancang perjalanan dengan orang yang betul2 kompem nak pergi...bukannya dengan orang yang hanya hangat2 tahi ayam...

3) sila rancang perjalanan dengan orang yang betul2 kompem nak pergi...bukannya dengan orang yang hanya hangat2 tahi ayam...

bila deal dengan orang2 gini,serius aku rasa macam nak pijak kuat2...lagi2 bila aku dah excited gilababi...

Thursday, January 7, 2010

baru idup!!

tahun baru..
semester baru..
so far semua lecturer yang mengajar, diberikan kelulusan yang agak tinggi untuk terus mengajar aku..
tanpa wujud perasaan longkang macam sebelum ni..
senang sikit kepala otak aku nak resap lagi hirup semua ilmu yang keluar dari mulut2 beliau...
dah tak ada caca-marba...
senang sikit nak berkira...



sebelum aku bertolak balik ke shah alam haritu,ada lagi satu insiden nak-gelak-tapi-tak-boleh berlaku kat kedai aku...
tapi taknak ulas lah...
nanti orang ramai dah taknak pergi kedai aku sebab takut dimalukan dalam blog..!!!



anyway, walaupun semester lepas akulah satu-satunya budak tajaan ikhlas JPA yang tak dapat dekan, aku takda hal...
sikit pun aku tak kisah...
yang penting duit masuk on time..!!
hahaha...
sebelum duit masuk,macam2 benda aku nak beli..
memang dah buat list dalam maya lagi apa benda aku nak angkat untuk sem baru ni..
tapi bila duit dah masuk,hampehh..
aku lebih memilih untuk berjimat-cermat...







BALI,TUNGGU AKU..!!!!