aku..
dari dulu lagi sntiasa memikirkan ms depan kelam yang harus aku alami..
20thn aku hidup di muka bumi ni masih menggapai-gapai mencari arah yang betul2 mampu membuatkan aku tersenyum puas..dengan minat dan kejayaan yang aku ciptakan sendiri..secara telus..secara ikhlas..
aku ibarat boneka yang telah dicorakkan kehidupan kelakku nanti..segala yang dirasakan terbaik diletakkan di atas pundakku..mungkin ia sesuatu bebanan..atau mungkin sebuah pengharapan yang menjanjikan kemewahan..??
owh..
aku tidak pernah merasakan itu..aku tidak menyalahkan pelukis2 yang membuatkan aku seperti ini..melukiskan segala harapan2 mereka di atas perjalanan ms depan ku..
cuma..
aku mahukan sedikit ruang untuk aku memilih arah tuju ku sendiri..mewarnakan setiap sudut dengan keupayaanku sendiri..bukan di atas saranan2 para bijak pandai yang mampu memuntahkan semua buah fikiran demi aku..
ya..
mungkin aku telah silap menilai niat2 murni mereka untuk melihat aku berjaya di puncak sebagai seorang yang disegani..dipandang tinggi..bukan sebagai pengemis yang dahagakan simpati demi sesuap nasi..
dan,kini..
hanya luahan sajalah yang dapat aku coretkan..kerana aku telah melalui liku2 kehidupan seperti sekarang ini untuk satu jangka masa yang agk panjang..dan..hanya satu prinsip yang akan aku sisipkan bersama untuk selama-lamanya, "laluilah semua perkara dengan sebaik mungkin samaada kita suka ataupun tidak..!!"
Friday, July 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 Tukang komen:
Post a Comment