Wednesday, August 19, 2009

jangan main belakang..!!

Kisah ini benar-benar terjadi pada Aku (bukan nama sebenar) sewaktu Aku kanak-kanak dahulu. Ayah Aku suka memberi amaran pada Aku dengan menjeling garang jika Aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau Aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling pada Aku bermakna Aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari, Aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, Aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayah Aku yang sedang solat terus memberi jelingannya pada Aku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayah Aku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret Aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung Aku dirotannya.


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

4 Tukang komen:

miss_miserable said...

ei...ini ker ko andie???haha...cayEr r...xsaNgke ko nkl lu ek...hahaha

autumn_leaves said...

aku tu mrujuk ko ke mok..??

ak rs kalo nd,x msukkn semula kain tok imam tu..ntah2 terus tarik smpai londeh..~~

huahuahua..~~ siap rakam lg.. hahaha

affy Qa said...

alaa.. andie tpu jer tu
aku rase macam pernah bace cerita ni kat sumwhere
haha
baik ko ngaku andie...

jejari said...

hahaha..
ak xckp pn yg ak terlibat dlm cerita ni..
aku tuh name someone la..
bkn name sbnr..