aku dapat petua menerapungkan diri ni daripada laoshi a.k.a tecer yang mengajar aku mandarin...petua ni memang sangat2 berkesan...aku yakin,korang mesti tak menyesal kalau cuba petua ni walaupun aku sendiri belum try...plus,petua ni memang sesuai untuk sesiapa yang betul2 nak belajar berenang...
menurut laoshi kesayangan aku tuh,basically sebelum kita expert berenang,kita kene pandai terapung dulu....barulah kita dapat jadi perenang yang hebat sepertimana michael phelps yang dengan kejamnya telah memecahkan 37 rekod dunia sepanjang karier beliau...(tapi dia tak cuba pun petua ni)
jadi,petua ini menjanjikan anda masa 3 hari saja untuk menjadi handal dalam bab menerapungkan diri...memang mudah dan kurang kos sebab tak memerlukan pakaian renang yang branded2 seperti boxer,brief dan bikini daripada victoria secret mahupun renoma...cukup hanya t-shirt dan jeans (apa2 jenis pakaian pun takda hal)...anda juga tak perlu takut sekiranya dimarahi oleh jurulatih yang garang atau bengis selayaknya A.Galak selepas men'trim'kan misainya,takpun seperti Kristy Curtis yang tak habis2 menjerit supaya peserta2 the biggest loser asia dapat menurunkan berat badan sehingga 20 kg dalam masa seminggu (gile ke ape..??)!!!!
ok,kembali semula kepada petua menerapungkan diri...senang saja...first,anda semua perlu cari kolam,sungai ataupun laut yang menjadi destinasi terbaikkk untuk anda berenang...then,terus je lah terjun...untuk hasil yang optimum,tunggu hasilnya 3 hari kemudian...kompem anda akan terapung..!!
selamat mencuba....harap maaf,testimonial daripada orang2 yang telah mencubanya gagal untuk diperolehi dan dipaparkan sebagai bukti...walau apapun,MAY GOD BLESS THEY lah...
Saturday, January 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 Tukang komen:
Post a Comment