yeah harini aku telah memberjayakan diri untuk mengisi masa lapang hujung minggu dengan melakukan sesuatu yang sangat2lah berfaedahnya...aku telah merelakan diriku untuk menjadi sukarelawan pada hari sukan nr iaitu dari pukul 7.30 pagi hingga 5 petang...setelah dipikir-pikir dah tiba masanya untuk aku menabur jasa demi kesejahteraan warga nr di bumi uitm shah alam ni...
sesungguhnya demi menunjukkan bahawa aku bersemangat untuk menyertai aktiviti ini,aku dengan senang-bangunnya, bangun pukul 7.00 pagi,di mana waktu seumpama inilah biasanya aku mencapai klimaks bagi setiap jalan2 cerita mimipi aku. tapi, yang aku peliknya kalau waktu ada kelas memang tak dinafikan aku akan mengalami sindrom susah-nak-bangun...malas...jadi nampak sangat yang aku ni merupakan seorang yang suka melakukan kerja2 amal daripada menghadiri kuliah terutamanya kuliah pada waktu pagi...alasan???sebab aku nak kumpul seberapa banyak sijil khas daripada uitm shah alam...jadi nanti senang bila nak cari keja, kalau interviewer tanya kat aku;
apakah sumbangan yang awak telah berikan kepada uitm???
sudah tentu aku akan menjadi penganggur seumur hidup kalau aku menjawab,
"saya telah berjaya menghadiri kuliah dengan cemerlang, tak kiralah siang ke malam ke walaupun saya sibuk dengan kehidupan sosial saya sebagai seorang remaja seperti keluar dengan kawan untuk menonton wayang,pergi bermain boling dengan rakan serumah mahupun lepak bersama rakan2 lama di kedai mamak yang berdekatan..."
p/s: sijil perlu diberikan kepada mana2 pelajar yang telah berjaya menghadiri kuliah tanpa ponteng sebagai tanda penghargaan dan memupuk semangat 'saya suka datang kelas' di kalangan pelajar yang gila sijil macam aku...

2 Tukang komen:
poyo r ko..huhu
mun,ak xlame lg ade test intrview la...tgh prctise r nih...haha
Post a Comment