adik2 sekalian,sebelum meneruskan sesi pembacaan blog pada kali ini silalah klik di sini dulu...barulah afdhal, ustaz kata...
******
aku nak mengucapkan bebanyak terima kasih yang tak terhingga kepada sesiapa yang telah sudi untuk melampiaskan rasa simpati dan kasih sayang mereka terhadap apa yang telah menimpa insan mulia ini (maksudnya,aku lah tu)...selepas mendengar/membaca kisah sedih ni,ada yang beranggapan,
"mungkin korang satu rumah kene pukau kot..."
aku jawab;
"AKU RASA TAK KOT..SEBAB SORANG HOUSEMATE AKU TERJAGA BILA PENCURI TUH MENCUBA UNTUK MEMBUKA PINTU BILIK DIA...LEPAS PENCURI TUH PERASAN,TERUS BLAH...BIASALAH ENGSEL PINTU DAH BERKARAT...BUKAK SIKIT JE,DAH BERBUNYI...TAPI HOUSEMATE AKU NI BUAT TAK TAHU JE LAH SEBAB DIA INGAT BUDAK UMAH JUGA YANG MENGGATAL NAK MENGINTAI-INTAI ORANG LAIN SEDANG ASYIK TIDUR SAMBIL DIBUAI MIMPI2 INDAH...BUDAK2 UMAH AKU NI MEMANG RAJIN 'STAY-UP' SAMPAI SUBUH..."TAPI MALAM TUH,PUKUL 3 LEBIH JE SEMUA DAH 'DOWN TO EARTH'..
ada juga yang cakap;
"ntah2 toyol kot"
aku jawab;
"HAISH,TAKDE LAH...YANG AKU TAHU,TOYOL KALAU MENCURI,DIA TAKKAN SAPU BERSIH SEMUA DUIT YANG ADA DALAM WALLET...TAPI,APA JADAHNYA SEMUA DUIT KERTAS DENGAN DUIT SYILING 30 SEN AKU PUN DIA KEBAS???
ada juga kawan aku yang syak;
"mungkin orang dalam punya kerja ni.."
aku jawab;
"AKU TAK SYAK ORANG DALAM..SEBAB AKU DAH KENAL DIORANG NI SEJAK ZAMAN MUDA-MUDI DULU...TAKKAN LAH..*TAPI TAK TAHULAH YE..*
ada jugak yang tiba2 terjah;
"apsal ko tak kunci pintu umah??!"
aku jawab dengan nada lemah lembut;
"AWAK,KALAU SETAKAT PINTU KAYU YANG KAT UMAH SAYA TU,PAKAI KAD BANK AWAK PUN BOLEH BUKA..."
itu jelah tanggapan2 popular yang mereka cuba sampaikan kat aku...walau apapun,kami bertekad untuk keluar dari kepompong bahaya ini..kami tak nak pisang berbuah 4 kali...on,tidak!!!
kes 01 (awal tahun 2010) : dianggarkan 7 pasang kasut telah diambil dengan jayanya..lepas 2-3 hari,baru tersedar, "mane kasut aku??!!!"
kes 02 (pertengahan tahun-lagi sebulan nak exam) : ermm,penatlah nak taip..klik je sini...
kes 03 : baru je semalam terjadi...(lebih kurang lagi sebulan kami nak exam...)
ini tidak boleh jadi...jangan sampai daripada pencuri,mereka2 ni bertindak menjadi penculik...lagi aku gerun,kalau si bangs*t2 ini bertukar profil sebagai pembunuh...kesian gadis2 di luar sana sebab tak sempat nak berkenalan ngan aku..
yangadadalamkepala :: kalau kita duduk rumah depan security guard sekalipun, kalau sistem keselamatan rumah tak dijaga dengan baik,bukan setakat orang,kucing pun boleh masuk siap bawak anak2 sekali bila2 masa...tapi,aku tak kira..aku nak pindah jugak!!!!!!!
Friday, September 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 Tukang komen:
Post a Comment