Thursday, January 6, 2011

andy rohidan bukan adik-beradik amar rohidan

Perghh gila lama aku tak update blog...dulu ingat nak vakum sekejap daripada blog sebab nak fokus exam..lepas tu terus aku rasa macam malas je nak update sampai lah ke hari ini..fuhh,hampir 3 bulan jugak tu..seperti ayat tipikal orang2 kalau dah lama tak update;
dah berhabuk dah blog aku ni...nasib baik tikus tak datang bertandang..!

sebenarnya mula2 aku ingat nak stat tulis blog pasal Piala AFF Suzuki yang memang dah lama tamat..tapi,rasa macam tak syok gak sebab aku yakin mesti semua blogger berebut nak tulis pasal benda ni..bukak mana2 blog mesti cerita pasal pengorbanan dan kejayaan Malaysia dalam pertandingan tuh..walau apapun aku tetap berbangga dengan kejayaan yang dikecapi meskipun isu laser dibesar-besarkan oleh orang2 seberang...tak pernah2 ada family gathering kat depan tv rumah aku semata-mata nak tengok bola! dengan pekerja2 mak aku sekali aku angkut bawak balik rumah..konon2nya garuda diorang tuh boleh menang lah..setakat garuda tampal kat dada,apa ada hal,ye tak... **aku rasa kesian gak kadang2...bila dah kalah,benda cikai tuh pun nak jadi isu...tak dapat concentrate konon sebab terkena laser...nasib baik si Jupe tuh tak jadi letak laser kat bra...silap2 boleh silau pulak mata si botak...terpaksa kena stop 30 minit perlawanan...haishh,botak2...nasib baiklah bini ko tuh cantik..!**

ok2,aku tak nak cerita panjang lagi pasal benda ni..lagipun satu dunia dah tau Malaysia yang menang...

aku pun sebenarnya tak nak cerita pasal azam tahun baru sempena tahun 2011 ni..sebab aku rasa azam2 aku untuk tahun 2000 pun masih belum tercapai...takkan aku nak tambah azam baru lagi...bertimbun-timbun lah azam aku nanti..apa yang penting "hari ini lebih baik daripada semalam.."aku ingat lagi 31 disember 2010,aku tidur awal dalam pukul 10.30 malam..orang2 lain sibuk nak sambut new year, aku pulak terbongkang atas katil..pada aku,katil itu lebih nikmat daripada melihat percikan bunga api di udara...

haa,lagi satu..aku pun baru tahu yang semua IPTA & IPTS kat malaysia ni nak menyeragamkan cuti semester supaya sama dengan internasional nye universiti..bila aku google je,rupa2 nya dah ramai orang tahu..biasalah,sepanjang aku cuti kat rumah mana ada aku baca surat khabar yang hanya dibeli sekali seminggu..apa lagi tengok berita...aku cuma tengok berita untuk 2 minit pertama je..paling lama pun 5 minit!


ermm,oklah...aku rasa dah empat benda aku cerita...tengoklah,kalau aku rajin bulan depan pulak aku update..!!



yangadadalamkepala :: SELAMAT TAHUN BARU SEMUA

0 Tukang komen: