pulang ke tempat asal dengan niat yang baik, dimulai dengan hal yang memaksa aku melampiaskan kata2 caci maki dari hati...tiga jam setengah bukanlah waktu yang singkat bagi individu yang menganggap penantian itu adalah suatu penyeksaan yang maha berat...mengikut atas kertas,pukul 3 adalah waktu untuk aku berlepas dari Shah Alam menuju ke Larkin, Johor..namun oleh disebabkan kerja manusia yang tidak selalunya sempurna telah menyebabkan aku terpaksa menanti bas yang lain kerana nombor siri pada tiket tiada dalam rekod...dan dipendekkan cerita, pukul 6.15 petang barulah aku bergerak menuju ke kampung halaman...
dua hari kemudian,keimananku terus dicabar apabila aku terpaksa menunggu hampir 1 jam lebih untuk sampai ke Larkin dek kerana jalan2 raya penuh sesak dengan kenderaan, ditambah pula dengan kuantiti lampu isyarat yang seakan-akan mahu bermain dengan tahap kesabaran yang aku ada....sumpah,aku tak pernah mengalami pengalaman seumpama ini...loceng bas ditekan,dan aku terus meluru keluar dan cuba sedaya-upaya mendapatkan teksi...
"Larkin, Encik.."
-"ok..."
"kalau boleh laju sikit ea sebab bas saya pukul 5.15.."
-(senyap)...
14 minit kemudian aku sampai ke tempat yang dituju...aku terus berlari untuk mengejar Maju Ekspres dan terus duduk dengan penuh kelegaan kerana tiba 1 minit lebih awal..akhirnya bas tersebut bergerak meninggalkan Larkin pada pukul 5.35 petang!! aku pun mula terbayang duit yang aku beri pada driver teksi tadi...alangkah baiknya kalau aku terus terperangkap dalam kesesakan lalu lintas tanpa perlu terdetik sedikit kerisauan...
yangadadalamkepala :: sila beli tiket di kaunter tiket yang sah dan bukannya dari ulat2 busuk yang berkeliaran...
Monday, March 14, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 Tukang komen:
JANGAN BELI TIKET BUS TAMBAHAN!! MENYESAL gila pork siot..
yeah,saya sokong!
Post a Comment