Budak bilik aku, Si Mamat semalam membebel, berceramah nak dekat 1/2 jam perihal nasib kawan beliau, Si Melur yang seakan-akan sama dengan nasib beliau dan aku dulu2..aku kira,beliau mempunyai bakat untuk menjadi pejuang penegak keadilan negara...beliau dengan lantangnya melampiaskan rasa ketidak puasan hati beliau kepada kami...sebagai pendengar yang baik,aku iya kan aja setiap apa yang beliau katakan..bangga kami kerana beliau ada bakat seperti itu...*i am amazed!*...bak kata pepatah yang baru aku cipta,lembut di luar tidak bermakna lembut di dalam...
"kita dah bayaq mahai bukannya untk suko2..depa patut bagi servis yang baik sikit..bukannya main tibai ja....geram toi aku...!"
cerita nya bermula ketika Si Melur mahu pulang ke kampung halaman, Penang yang dijangka bertolak dari Shah Alam pada pukul 11.00 malam dengan menaiki bas ekspress (cap ayam mungkin)....punyalah excited Si Melur ni nak balik,tiba2 bila dia dah ada kat atas bas,orang yang cek tiket tu cakap nombor siri yang ada pada tiket tu tak ada dalam rekod...jadi, dia kena turun dari bas cap ayam tadi tu sebab takut overload..sungguh luluh hati Si Melur, kesian2...dengan hati yang penuh dengan cacian dan makian, dia pun pergi ke kaunter tiket tersebut untuk mendapatkan penjelasan yang sebenar...
"kak,kenapa saya punya tiket tak ada dalam rekod???macam mana saya nak balik ni???keluarga saya semua dah tunggu ketibaan saya...akak jangan main2...saya dah bayar tiket ni..dah lah mahal...i pay for the service and quality, ok! saya tahu, saya nak balik sekarang juga...by hook or by crook, ok!"
aku rasa macam gitu kot dialog yang dia nak cakap masa kat kaunter tu...tapi malangnya,kaunter tersebut dah tutup...jadi, bertambah hiba lah hati kawan Si Mamat ni..sebagia seorang yang mudah simpati terhadap wanita, aku pun berasa sungguh sebak dan marah mendengar cerita tersebut...dan yang menambahkan lagi kemarahan Si Mamat ni adalah sebab kaunter tiket tu tak bertanggungjawab dan lepas tangan..
kalau kes Si Mamat dulu lain sikit...cuba lah korang bayangkan 1 seat, 4 orang yang punya..nasib baik beliau duduk dulu..kalau tak terpaksalah beliau kena naik bas yang lain...apa punya sistem lah...then, selidik punya selidik, rupa-rupanya Si Mamat ni cakap memang ramai orang yang dah kena macam ni..
"kalau tahu ramai orang yang dah kena tipu, depa kena improve depa nya service lah...bila nak maju kalau sistem pengangkutan awam negara terus macam ni??"
sambung Si Mamat dengan gaya kepala dan tangan yang harus ikut goyang bersama...
yangadadalamkepala :: aku tak tahu nak eja setiap perkataan yang dah di-loghatkan ke slang Penang...tapi, yang penting, angpa2 semua paham na..
Monday, March 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 Tukang komen:
cite nie mcm aku dgr jgak je dr pncerita sebenar..
huhu
ko rasa ada sama tak dgn apa yg aku cite?
aku rasa aku mcm kenal je kan si mamat tu.. muahahahahaha
Post a Comment