Wednesday, March 9, 2011

kali ini kita lebih serius sikit

lepas je aku tengok filem 3hati 2dunia 1Cinta, terus aku teringat seorang kawan lama sewaktu diploma dulu..memang tak dapat dinafikan yang dia merupakan seorang yang lebih berilmu daripada aku dalam hal2 agama...dan dia juga boleh dikatakan warak berbanding aku..senang cakap perhubungan dia dengan Allah memang gred A..tapi apa yang menyebabkan aku kurang respect dengan kelebihan yang dia ada itu ialah in term of cara macam mana dia menegur kesalahan yang orang lain buat..dia menegur dengan penuh kebencian dan memandang sinis dengan setiap apa kesalahan yang orang lain buat...bagi aku,perhubungan sesama manusia memang awal2 lagi dia fail !!


dulu,aku hidup dengan dia lebih kurang dua tahun...secara automatiknya,aku pun pernah ditegur berkali-kali dan telinga aku dah sebati dengan setiap perkataan yang dilontarkan..meskipun seperti pedang pada mulanya,namun lama-kelamaan ia seakan-akan berubah menjadi kapas..


menurut pandangan peribadi aku,manusia yang dilahirkan di muka bumi ini bermacam-macam...ada yang warak dan ada juga yang jahil...ada yang pandai dan ada juga yang dungu...jadi setiap manusia aku percaya mereka sememangnya mahukan yang terbaik dalam kehidupan yang sementara ini..tapi,mungkin definisi 'terbaik' bagi setiap individu itu berlainan...oleh yang demikian,sebagai seorang yang mempunyai pendidikan agama yang tinggi,golongan-golongan yang dianggap masyarakat sebagai warak ini seharusnya menegur manusia yang lalai dengan hal2 duniawi dengan cara yang lebih halus..bukannya beranggapan bahawa kesalahan itu adalah berpunca daripada individu itu 100 peratus..mereka haruslah melihat dari pelbagai aspek seperti keluarga dan masyarakat sekeliling..bak kata orang,bayi yang baru lahir diibaratkan seperti kain putih yang belum tercalit denga apa2 warna..so,siapa yang harus mencorakkan kain putih itu???kalau dari kecil lagi kita semua didedahkan dengan warna putih,sudah pastilah warna itu akan melekat sampai bila2,kan..tapi kalau kain tu berterbangan dan udara sekeliling merosakkan warna pada kain tersebut,kenapa harus kain itu dipersalahkan bulat2??oleh yang demikian,bukan senang kita nak dipandang hormat oleh orang sekiranya kita tidak menghormati orang lain dan menjaga perhubungan sesama manusia secara positif..


sebagai contoh, aku...bermula lepas PMR lagi aku dah terdedah dengan dunia engineering oleh sebab bakal abang ipar aku seorang engineer..meskipun aku tak menggemarinya,namun pengaruh2 daripada orang sekeliling seolah-olah mendesak aku dengan menjanjikan kehidupan yang lumayan sekiranya aku mengambil jurusan ini bila di universiti nanti..macam mana pula kalau aku didedahkan dengan dunia perniagaan atau peragaan,mungkin aku tidak akan berada di tempat aku duduk sekarang...mungkit juga aku tidak akan kenal dengan individu2 yang aku kenal sekarang...begitu hal nya juga dengan kehidupan di dunia ini baik dari segi duniawi ataupun ukhrawi..kalau dari kecil lagi environment kita bersih,selama-lamanya jugalah ia akan kekal bersih...dan untuk menjaga,ia sangat susah..tapi untuk memperbaiki, InsyaAllah mudah...




yangadadalamkepala :: melentur buluh biarlah dari rebungnya..

4 Tukang komen:

kasihredha said...

salam
akak pergi pulau perhentian hari tu dgn anjung holiday :)

jejari said...

baik kak..terima kasih..

Shikin Jamburi said...

akhirnya dapat komen jugak! cube mengingat sape yang dimaksudkan tapi.. ingat muka lupa nama. peace!

jejari said...

ermm try figuring out la sape yg dimaksudkan..tapi,maybe ade jugak org laen yang mcm tu..