macam2 perkara berlaku kat atas dunia ni yang tak boleh diterima akal..semuanya angkara manusia yang kurang pendidikan agama dan menjadikan emosi dan nafsu itu tuhan bagi diri sendiri...contoh yang paling dominan ialah isu pembuangan bayi..tak kisahlah di tepi longkang ke,dalam hutan ke atau dalam masjid sekalipun...ada yang dijumpai masih bernyawa dan ada jugak tidak...
meskipun isu ini sudah lama berlaku,tapi statistik bagi kes ini semakin meningkat dari tahun ke tahun...inilah yang dikatakan,manusia yang tak berhati perut...berani buat,tak berani tanggung...mereka seolah-olah menganggap bayi itu seperti boneka yang tiada perasaan dan masa depan...
tak lama dulu,heboh seantero dunia berkenaan dengan penemuan lebih dari 2000 janin yang disembunyikan di kuil Budha di Bangkok....Nauzubillah..
beg-beg yang berisi mayat janin yang ditemukan di kuil Budha di Bangkok, hari Jumat 19 November 2010..gejala keruntuhan akhlak remaja khususnya merupakan penyumbang yang paling utama dalam hal ni..mana taknya,dok kerana seronok bercinta,lupa agama,lupa tuhan,lupa segalanya sehingga berakhir dengan keterlanjuran...mana taknya,apabila remaja bercinta, segala kata-kata dan janji-janji manis keluar dan tertabur seperti peluru ke mana arah dituju ke situlah akan ditembusi. 'lautan api sanggupku renangi', 'I janji, I akan memperisterikan U, dan hanya perasaan sayang kepada U seorang dalam hidup I'. Itulah antara kata-kata dalam percintaan remaja kini. Huh! memang romantis sewaktu bercinta, hingga ada yang sanggup mengadaikan kesucian diri, yang akhirnya, janin atau bayi yang tidak berdosa dijadikan korban yang dibuang merata-rata, sudahlah melakukan zina itu satu dosa, ditambahkan lagi dosa dengan pembuangan bayi.


itu berkenaan dengan buang bayi dan janin..macam mana pulak kalau kes makan anak sendiri...oleh kerana kesuntukan wang untuk menyara perut diri sendiri, seorang ibu sanggup membunuh anaknya sendiri untuk memenuhi kehendaknya. kes ini berlaku di Nepal.. walaubagaimana pun, ibu kejam tersebut berjaya ditangkap sebelum mula memasak anaknya..sebenarnya kejadian ni dah lama,sekitar tahun 2008 dulu...



alahai, dunia oh dunia...ruginya kalau ada manusia2 seumpama ini yang mengisi setiap sudut ruang yang ada di muka bumi ini...
yangadadalamkepala :: sama2 bermohon pada Tuhan agar dijauhkan perkara2 seumpama ini daripada terjadi pada diri kita dan keluarga kita....

3 Tukang komen:
interesting....jangan pulak terjebak sama
yep,hopefully!
isk3..
dasyat2..
mgapa baby dumping nie slalu jd isu ek?
truk nya manusia nie kn..
sama2 kita bdoa agak pkara nie dpt dbahteras dgn cpat.
Post a Comment