Sunday, July 19, 2009

kebosanan dalam penantian

kebosanan selalu membawa fikiran melayang-layang
menghanyutkan lamunan ke destinasi yang tidak pernah tercapai dek akal

seperti ingin saja mengakhiri segala penantian perjalanan yang panjang ini

meski harapan tidak pernah terukir untuk sampai di sini

untuk menggenggam 1001 pengertian hidup duniawi


iya..


aku bosan..

aku jemu..


namun aku mengharapkan akan ada kedamaian

yang akan menanti keperihanku di garisan penamat sebuah penantian

mengikis segala duka-duka lama yang masih melekat erat

untuk dileraikan..


selamanya..


aku akan tunggu itu..

dan terus menunggu..

Friday, July 17, 2009

teraba-raba

aku..
dari dulu lagi sntiasa memikirkan ms depan kelam yang harus aku alami..
20thn aku hidup di muka bumi ni masih menggapai-gapai mencari arah yang betul2 mampu membuatkan aku tersenyum puas..dengan minat dan kejayaan yang aku ciptakan sendiri..secara telus..secara ikhlas..

aku ibarat boneka yang telah dicorakkan kehidupan kelakku nanti..segala yang dirasakan terbaik diletakkan di atas pundakku..mungkin ia sesuatu bebanan..atau mungkin sebuah pengharapan yang menjanjikan kemewahan..??

owh..
aku tidak pernah merasakan itu..aku tidak menyalahkan pelukis2 yang membuatkan aku seperti ini..melukiskan segala harapan2 mereka di atas perjalanan ms depan ku..

cuma..
aku mahukan sedikit ruang untuk aku memilih arah tuju ku sendiri..mewarnakan setiap sudut dengan keupayaanku sendiri..bukan di atas saranan2 para bijak pandai yang mampu memuntahkan semua buah fikiran demi aku..

ya..
mungkin aku telah silap menilai niat2 murni mereka untuk melihat aku berjaya di puncak sebagai seorang yang disegani..dipandang tinggi..bukan sebagai pengemis yang dahagakan simpati demi sesuap nasi..

dan,kini..
hanya luahan sajalah yang dapat aku coretkan..kerana aku telah melalui liku2 kehidupan seperti sekarang ini untuk satu jangka masa yang agk panjang..dan..hanya satu prinsip yang akan aku sisipkan bersama untuk selama-lamanya, "laluilah semua perkara dengan sebaik mungkin samaada kita suka ataupun tidak..!!"