Monday, March 8, 2010

entri yang berinformasi

sekarang aku tengah tangkap lentuk dengan 3 buah lagu ni....setiap kali aku bukak laptop aku yang dah sama besar macam tv 25 inchi ni,mesti lagu2 ni wajib aku dengar....tak kisahlah aku rotate lagu ni 40 kali pun,janji layan....satu lagu rancak...satu lagu dangdut....dan satu lagi lagu leleh+sengau sikit2...macam2 genre lagu aku minat...1 MALAYSIA beb...


tapi,sayangnya, kesemua lagu tu bukan lagu2 nyanyian band jumpa pakcik hussein,emas idayu mahupun new boyz...nasib baik kak emas tak tahu pasal benda ni..kalau tak,mesti kene rotan punyeee...yang paling penting bukan juga lagu dari malaysia...owh,hilang sekejap semangat patriotik aku...walaupun jiwa aku lebih ghairah menonton filem2 seperti adnan sempit berbanding from paris with love,tapi bab2 lagu ni tarikan lenggok inul lebih berkuasa...chopp,tak bermakna aku suka lagu inul...lagu2 yang aku maksudkan



*kalau aku attach clip video kat sini pun macam tak guna juga sebab lagu ya ya ya tak boleh di pause atau di mute kan....*


aku dari dulu lagi minat lagu2 indon ni...walaupun semua orang sibuk sangat nak nyanyi lagu2 lady gaga lah jonas brother lah,tapi aku tetap dengan lagu2 seberang...lecehlah kalau nak follow lagu omputih ni..susah nak dapat feel sebab susah nak faham lirik...i seem stupid when i try to understand the lyric...

macam mana lah kita nak sekat lagu2 indon supaya tak membanjiri industri muzik kita...aku dapat tau lagu ni pun daripada radio malaysia jugak...yang pastinya bukan dekat klasik.fm mahupun minnal.fm...pada pendapat akulah kan,kuota 90:10 lagu malaysia:lagu indon tak berapa nak efisien sangat lah...sebab kembali kepada tujuan asal untuk mengurangkan lagu2 indon masuk ke dalam pasaran malaysia,kenapa tidak kita tingkatkan nisbah tu kepada 95:05...sebab apa yang aku tahu sekarang ni walaupun dah limit kan jumlah tu,tapi still lagi artis2 indonesia semakin bebas berkarya kat sini...tapi macam mana pula nasib artis kita???baru je dapat invitation buat satu show kat sana,dah kecoh seantero malaya..tu pun entah berapa kali seumur hidup...


yang paling aku gelak tak boleh tahan,kalau wartawan kita tanya kat artis2 sana


"kalau kamu diberi peluang untuk berduet dengan artis malaysia,siapa yang kamu pilih??"


dan pasti aku yakin seyakinnya mesti diorang akan jawab nama2 tipikal artis malaysia macam siti nurhaliza,sheila majid,search,dafi (tu pun sebab pernah berduet ngan gita gutawa)...try lah tanya kat sape2,mesti ruang lingkup jawapannya terletak antara empat artis ni...dan kadang2 kalau diorang nak buat kelainan sikit,diorang sebut lah sape2 nama yang diorang baru kenal...mungkin akim...takpun stacy...kalau nak lagi advance, jaclyn victor...


sebenarnya,kalau nak ikutkan artis kita lebih berkualiti daripada diorang...cuma melodi dan irama yang kita cuba sampaikan tak boleh diterima dengan segera oleh lubang2 telinga mereka...kalau kat sini popular dengan lagu2 seperti dramaking (i like this song very much),kat sana lebih memilih lagu2 macam cari jodoh dari wali band...walaupun kita serumpun,tapi citarasa lain2...


jadi,kesimpulan kecilnya pilihlah lagu dari ceruk mana pun...hollywood ke bollywood ke banglawood ke yang penting memenuhi citarasa hati dan perasaan yang paling dalam...



ikhlas dari,
aku . penchenta . muzik...

2 Tukang komen:

teh said...

ak nk ngn yuna.~~! np tak tersenarai..? cheh

jejari said...

owh tuh jz beberapa nama yg ingt je...